Hey korang.. pejam celik pejam celik kandungan dah masuk 34 minggu (8bulan 2 minggu)! lagi 2 minggu nak masuk 9 bulan dah..haishhhh macam2 rasa ada sekarang hokey. Badan dah start sakit2,perut kerap mengeras,tido pun sesak nafas skunk! nak dekat DUE nih semua rasa kut,tp alhamdulillah kaki dan tangan tak bengkak sangat. so still boleh berjalan dan bawak kerete!hah kau hado?? ahaha.. Hari tuh chekup alhamdulillah Nurse kata kepala baby kat bawah. sebelum nih baby melintang..agak risau jugak kalau kepala baby ke atas ke melintang ke,walaupun nampak cam biasa je tp kalau kene situasi cam tuh,masa nak bersalin nanti kene Czer plak sebab baby songsang..tp kalau boleh tak nak la kan..sapa yang nak kut! Okey kalau ikutkan appoitment dokter klinik sebelum nih..kalau 34 minggu aku dah kene refer Hospital Putrajaya so diorg bagi aku surat untuk refer sana..bile sampai sana just ambik tarikh appoitment dulu..tak silap aku pada 24/6/2014 nih appoitment dengan dokter sana. Fuhhh nak dekat nih perasaan macam2 kut..takut ado teruja ada,tak saba pun ada..tp mintak dipermudahkan la semuanya. Buat masa sekarang kelengkapan baby semua dah siap pack dalam beg untuk bawak g Hospital. Tinggal barang mama die je belum pack!
Okey aku banyak search kat tenet pasak tanda-tanda nak bersalin nih ..so jum tengok ape yang mak jemah dapat untuk dikongsikan..
Tips : Membezakan Tanda Persalinan Asli dan Kontraksi Palsu
• Berjalanlan. Apabila kontraksi semakin meningkat dengan Ibu berjalan maka segeralah ke dokter. Kontraksi palsu akan menurun dengan pergerakan
• Apakah kontraksi teratur? Tanda persalinan asli ditandai dengan interval kontraksi yang regular. Kontraksi palsu berlangsung singkat (< 45 detik) dan iregular
• Nyeri pada kontraksi palsu didapatkan pada perut bagian bawah. Pada persalinan asli, nyeri dan kontraksi terjadi dari bagian atas rahim menjalar ke seluruh perut.
Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
- Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
- Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.
Bayi Turun Ke Bawah
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- Sakit perut & memulas
- Kerap buang air besar
- Kerap terkentut
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke