Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 19 Oktober 2018

HANTAR ARISSA MASUK TADIKA CINA 4 TAHUN

Assalammualikum

 Hey korang, bersua lagi kita ea..hihi Hari nih nak cerita entry diatas tuh. Korang ada tak pengalaman macam liya hantar anak seawal 4 tahun ke tadika cina? tahun nih memang liya masukan Arissa awal ke tadika cina, memang itu plan liya dari awal sebenarnya, tapi pak die plak kalau boleh nak suruh masuk tadika PASTI.. tapi disebabkan nenek atok die sokong apa yang liya buat nih maka leeya pon daftarkan jugak la Arissa di tadika cina depan Sekolah liya kerja nih. Agak lewat jugak la liya masuk kan die tahun nih, bulan 3 macam tuh. Nasib cikgu still boleh terima kemasukan lagi tau.. hihi

     Yuran untuk masuk Arissa masa tu RM420 include pakaian seragam sekolah,buku,alat tulis dan bayaran yuran untuk sebulan. Sebulan bayaran RM120 uols. Tapi uols Yuran buku untuk 6 bulan pertama dah bayar(awal register yuran masa itu) , lepas 6 bulan seterusnya bayaran yuran buku pulak RM220. So total spend dekat tadika nih yuran setahun (termasuk buku,alat tulis,pakaian seragam) RM640. Untuk bayaran bulanan dari bulan 4 sampai bulan 11 RM960. Jadi memang kene standbay jugak la duit untuk segala yuran anak nak sekolah ni.

   Permulaan Arissa masuk dalam 3-4 hari awal2 pagi masa hantar je dia nanngis, lepas tuh lama-lama die dah dapat sesuaikan diri. Memang rasa lain la kan sebab Arissa tak ada basic dalam bahasa cina nih. Bile berdepan dengan kawan-kawan pon satu hal sebab nak bercakap/berborak pon kawan ada yang tak paham, kalau korang nak tahu Arissa satu2 nya perempuan berbangsa Melayu kat tadika tuh. Yang lain semua dari kaum Cina dan India. Agak kekok jugak la dia nak biasakan diri. Tapi dah dekat 8 bulan Arissa kat tadika sana dah boleh paham apa cikgu sampaikan, cuma bila nak sampaikan pada cikgu die lidah kelu je nak cakap hahaha, tak pe la nak, lama2 nanti awak pandai la ea. Next year i.allah liya akan sambung untuk umur 5 tahun kat tadika sini, senang sebab kawan dah ada, dan pembelajaran die pon okey. Cuma bila nak masuk 5 tahun nih, memang liya akan tekankan kepada penulisan dan kefahaman untuk bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina.

   Buat masa nih Arissa belum pergi mengaji lagi, sekarang ajar Arissa mengaji kat rumah dan ajar Doa makan, Al Fatihah dan lain2 doa juga. Insyallah tahun depan start hantar Arissa petang pergi mengaji dekat area kawasan rumah nih. Sebab liya pon fikir jugak tak kan nak fokus pada bahasa cina sahaja kan, bab agama juga liya akan tekankan juga untuk Arissa. Sebenarnya bila kite hantar anak tadika/sekolah cina ni memang kene ada perasaan struggle gituwwww, lagi bile die membesar macam2 ragam anak yang kite boleh nampak. So dari awal kita dah kene pantau batas pergaulan diorang, cara pemakanan diorang, dan macam-macam lagi.

   Arissa bila mak nye suruh cakap cina die cakap bahasa tamil pulak (kadang cakap bahasa tah pape tah).. hangin betul aku tau hahaha, tapi kalau ada kawan cina pandai pulak kadang die cakap cina dengan kawan nya tu. Walaupon maknye tak berapa nak faham hihi,  ialah dekat kawasan rumah kg nih jiran-jiran semua melayu, tak ada bangsa cina area kawasan rumah nih. So kalau pak die bawak g taman permainan baru la jumpe kawan cina/india.. baru la nampak die kadang tegur budak tuh dalam bahasa cina..hihi saiko betul anak ku kannnn. Banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi nanti liya sambung lagi k.

XOXO
-Leeyanasir-

Khamis, 2 Ogos 2018

HOLA 2018!

Assalammualikum

   Hey uols lama sangat tak update kan. Sekarang nih aku dah ada 2 anak tau! hahaha. jarang nak update blog pasal anak kedua nih sebab bz dengan kerja, nk uruskan anak,nak uruskan biz Online lagi. Kakak Arissa sekarang dah 4tahun 1bulan dan Adik Arriana 2tahun 2bulan. Kejap je anak Mama dah besar, Kalau korang nak tahu, Arissa dah masuk sekolah tadika awal bulan 3 tahun nih dekat Tadika Learning Box (Tadika Cina). So far Kakak Arissa namapak okey la sekolah situ, ada jugak nampak perubahan nya. dah mula kenal huruf/warna dan bahasa cina, tp belum full faham lagi la. Masih kena banyak belajar lagi. Tahun depan mama nak masukan Arissa kat sekolah PRA sekolah mama keja nih. Ia la kalau masuk pra sini senang sikit hati mama kalau bab makanan, sebab ada Pembantu Pengurusan Murid(PPM) melayu, so tak de la mama was was kan bab makan. Now tadika arissa memang ada sediakan makanan tapi dimasak oleh orang Cina. So mama memang tak bagi arissa makan yang telah disediakan oleh pihak Tadika. Selalu mama bawak bekal untuk ARissa je g Tadika tuh. kadang-kadang naik jemu tengok mama die bawak bekal! hahaha
   Arriana sekarang dah boleh cakap sikit-sikit al maklum lah, Arissa masih berputing jadi bila die nak bercakap agak lambat sikit. Mama dah try tak bagi die puting sehari tapi still masa nak tido malam cari puting kalau tak susah nak tido weyyyyy! stress mak tau:( Akal pun banyak mena nih, owh lupa mama memang panggil nama MENA masa die start baby lagi, padahal mama dah bagi nama sedap tuh. hihi jangan mara ye adik mena:) Adik mena nih senang sangat nak jaga die tau, behave je kalau die sensorang atau berkawan, tp kalau jumpe kakak asik nak gaduh manja je tau! kadang mama dan nenek die yang pening tengok kalau berdua nih. Mena nih kalau korang bagi die mainan die akan stay kat situ main yang apa ada kat depan mata dia, janji jangan ada orang kacau dia. Bab makanan pulak Mena LOVE EAT!!! kalau korang nak tau mena sejenis kuat makan bagi ape je la kat die semua die makan cuma batu dan kayu je la dia tak makan! hihi kuat-kuat makan pon badan still cenonit dia tuh. memang baka Mena nih jenis kurus dan kecik berbanding si kakak. Kalau dulu nak suh kakak makan kemain payah hah! air suam pun susah die nak minum.
   Mama sekarang tengah buzy online dan meniaga di CBS Mercato. ala just niaga kecil-kecilan aje uols. Kali nih aku jual kasut budak/dewasa, sebab jual baju budak nih dah ramai sangat pesaing nya kat CBS mahu pun Online. Tapi ada jugak la jual tapi stock kat suplier je semua, sebab tak nak amik risiko. So aku decide dengan suami nak meniaga kasut budak/dewasa. Alhamdulillah namapk jugak la hasilnya walaupun bukan modal yang besar. Aku pon start dengan modal kecik2 je dulu. Kerja pon still di SJKC Sepang, jawatan pon still yang sama..haha


Okey uols ada masa aku story lagi tau
XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...