Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 2 Ogos 2018

HOLA 2018!

Assalammualikum

   Hey uols lama sangat tak update kan. Sekarang nih aku dah ada 2 anak tau! hahaha. jarang nak update blog pasal anak kedua nih sebab bz dengan kerja, nk uruskan anak,nak uruskan biz Online lagi. Kakak Arissa sekarang dah 4tahun 1bulan dan Adik Arriana 2tahun 2bulan. Kejap je anak Mama dah besar, Kalau korang nak tahu, Arissa dah masuk sekolah tadika awal bulan 3 tahun nih dekat Tadika Learning Box (Tadika Cina). So far Kakak Arissa namapak okey la sekolah situ, ada jugak nampak perubahan nya. dah mula kenal huruf/warna dan bahasa cina, tp belum full faham lagi la. Masih kena banyak belajar lagi. Tahun depan mama nak masukan Arissa kat sekolah PRA sekolah mama keja nih. Ia la kalau masuk pra sini senang sikit hati mama kalau bab makanan, sebab ada Pembantu Pengurusan Murid(PPM) melayu, so tak de la mama was was kan bab makan. Now tadika arissa memang ada sediakan makanan tapi dimasak oleh orang Cina. So mama memang tak bagi arissa makan yang telah disediakan oleh pihak Tadika. Selalu mama bawak bekal untuk ARissa je g Tadika tuh. kadang-kadang naik jemu tengok mama die bawak bekal! hahaha
   Arriana sekarang dah boleh cakap sikit-sikit al maklum lah, Arissa masih berputing jadi bila die nak bercakap agak lambat sikit. Mama dah try tak bagi die puting sehari tapi still masa nak tido malam cari puting kalau tak susah nak tido weyyyyy! stress mak tau:( Akal pun banyak mena nih, owh lupa mama memang panggil nama MENA masa die start baby lagi, padahal mama dah bagi nama sedap tuh. hihi jangan mara ye adik mena:) Adik mena nih senang sangat nak jaga die tau, behave je kalau die sensorang atau berkawan, tp kalau jumpe kakak asik nak gaduh manja je tau! kadang mama dan nenek die yang pening tengok kalau berdua nih. Mena nih kalau korang bagi die mainan die akan stay kat situ main yang apa ada kat depan mata dia, janji jangan ada orang kacau dia. Bab makanan pulak Mena LOVE EAT!!! kalau korang nak tau mena sejenis kuat makan bagi ape je la kat die semua die makan cuma batu dan kayu je la dia tak makan! hihi kuat-kuat makan pon badan still cenonit dia tuh. memang baka Mena nih jenis kurus dan kecik berbanding si kakak. Kalau dulu nak suh kakak makan kemain payah hah! air suam pun susah die nak minum.
   Mama sekarang tengah buzy online dan meniaga di CBS Mercato. ala just niaga kecil-kecilan aje uols. Kali nih aku jual kasut budak/dewasa, sebab jual baju budak nih dah ramai sangat pesaing nya kat CBS mahu pun Online. Tapi ada jugak la jual tapi stock kat suplier je semua, sebab tak nak amik risiko. So aku decide dengan suami nak meniaga kasut budak/dewasa. Alhamdulillah namapk jugak la hasilnya walaupun bukan modal yang besar. Aku pon start dengan modal kecik2 je dulu. Kerja pon still di SJKC Sepang, jawatan pon still yang sama..haha


Okey uols ada masa aku story lagi tau
XOXO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...