Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 8 Ogos 2019

CARA NAK PRINT CONSIGNMENT NOTE SHOPEE POSLAJU DAN J&T

Assalammualikum

   Hey korang hari nih leeya nak share kat korang mana mana nak print Airwaybil dalam shopee (untuk seller) untuk Poslaju atau J&T. Leeya ni tak la pro hebat macam seller lain, tapi ini sedikit sebanyak yang leeya boleh kongsikan pada korang untuk panduan yang newbis macam leeya nih, hihi Sebelum tuh korang mesti la resgister dengan shopee dulu kalau yang niat nk start bisnes dalam shopee, ada banyak rules yang korang kene tau. Selepas korang dah register bagai then boleh la apply untuk Free shipping program yang Shopee tawarkan. Dulu hanya POSLAJU, sekarang diorang kembangkan lagi perkhidmatan kurier seperti DHL dan J&T. Tapi leeya hanya apply 2 free shipping program shopee nih iaitu POSLAJU dan J&T sahaja.



ni print waybill untuk POSLAJU. First bila masuk oder korang kene Klik ARRANGE SHIPPEMNT

Ini bile korang dah klik Arrange shipment tadi akan keluar pulak untuk CETAK WAYBILL, so apa lagi KLIK la uols

Tadaaaa siap untuk korang lekatkan dekat parcel korang tuh, tapi ingat Poslaju ada 4 salinan, 2salinan untuk lekat dekat parcel, 1 salinan untuk pej pos, 1 salinan untuk kite simpan.

So korang dah ready untuk pos out kepada customers okey. So bawah ini untuk J&T pulak eh.. So harap korang faham la yer.. hehe

Sama macam leeya bagi tau kat gambar first tuh, tapi yang nih tak sempat nak snap yang memula, tuh yang kluar VIEW SHIPMENT DETAIL

Sama macam Kat atas tuh.. korang klik CETAK WAYBILL okey

So terhasil la consignment note J&T nih, tapi yang nih hanya 2 salinan sahaja. satu untuk korang simpan, 1 lagi korang kene lekat kat parcel tuh.



Memula korang akan pening sikit pasal airwaybill nih, tapi lama-lama macam kacang je! hehe kena banyak belajar belek kat shopee nih. Atau pon sekarang ramai je kluarkan e-book la seminar la untuk Program shopee nih. Leeya nih sale pon tak la hebat macam seller lain, satu bulan je income diorang dalam shopee tuh dekat 30k ke atas weyy!! fuhhhh  seram seller cam nih. haha Moga kita semua dimurahkan rezki hendaknya ea. Ada masa jangan la lupa follow Shopee leeya k https://shopee.com.my/hjdol86 kut-kut nak cari stock borong baju budak..hihi

So selamat bershopping di SHOPEE gais:)

PEMBEKAL BORONG BAJU BUDAK

Assalammualikum

Hey korang, Sebenarnya dari hari tuh nak update tapi asik tak menyempat aje hah. Kali nih Entry hakak berkenaan BORONG BAJU BUDAK! sedia maklum mana yang kenal Leeya tau la leeya ada buat bisnes jual baju budak secara RETAIL dari tahun 2011 tau, tapi tak la aktif pada awal tahun tuh, sampai la kitorang try jual dekat Uptown Reko, Kajang. Seronok babe meniaga nih. Tapi itu la tak ada rezki sampai tahun 2013 tak silap kitorang decide untuk tidak lagi bukak booth kat sana sebab masa tu baru tau mengandung anak pertama + dengan keadaan kewangan masa tuh tak mengizinkan untuk teruskan. Memang sayang wey nak lepas kan Booth dekat orang lain, tapi nak buat macam mana kan.

   So Leeya start Biz Borong nih hanya la suka-suka sahaja. Tak sangka la Biz nih meletup  letup wey sekitar Bulan 11 tahun 2018 hari itu (Tapi sebelum tuh jual borong jugak tapi tak la aktif sangat). Allah tuh sebaik baik perancang, dia bukak kan pintu rezki untuk kami dengan cara macam ini. Sebelum ni jual Retail ada jugak la sale tapi krik krik jugak la kadang tuh.. haha So cakap dengan husband masa tuh saya nak fokus jual borong sebab nampak permintaan makin banyak. Alhamdulillah sehingga kini oder borong tak pernah putus-putus, boleh dikatakan setiap hari ada sales.







Ada banyak desgin yang availble untuk borong!!! Mana yang nak start berniaga baju budak tapi modal tak banyak? minimum Oder serendah 1 Dozen sahaja tau. Meh follow kita dekat instargam/telegram/fb page atau whatsapp leeya okeyyyy..:)

❤️Borong sahaja❤️

Berminat nak borong? boleh follow dibawah ea๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
.
Boleh FOLLOW kami di Instargam
https://www.instagram.com/lndborongbajubudak/
.
Boleh JOIN Telegram kami di
https://t.me/Lndborongbajubudak
.
Boleh Follow Shopee kami
https://shopee.com.my/hjdol86
.
Boleh Follow FB PAGE kami
https://www.facebook.com/Lndborong/

๐Ÿ“ฒSebarang Pertanyaan boleh terus Whatsapp
http://www.wasap.my/+60176995690 (Leeya)
.
Cara nak oder boleh Screen Shoot gamba mana yang berminat dan terus wasap leeya untuk oder.๐Ÿ™‹๐Ÿป tq

Isnin, 29 Julai 2019

RIANG RIA RAYA 2019

Assalammualikum

Hai korang, maaf lama sangat tak update kat Blog sendu ku ini...hehe Baru berkesempatan nak update ni tau. pejam celik pejam celik cepat masa berlalu kan, puasa pun dah  jadi berayo la kite ye tak:) Tahun nih team raya MELAKA (Rumah atok Baba belah Ayah) Walaupun keluarga belah abah tak ramai adik beradik tapi happening jugak la gais anak cucu balik. Blah mak memang Atok dan Nenek dah tiada so kitorang decide raya rumah Atok kat Melaka ni.

   Tahun ini theme korang color ape? tahun nih kami pilih Royale Blue sebab tak pernah ada lagi color royale blue ni lagi! hahaha Itu pon kitorang cari last minit baju Raya tau.. sadis kannnn
Tahun ini pon serba serbi yang mana mampu je lah, tak membazir sangat. Banyak duit keluar gais, meraung aku sat g lepas raya sebab duit finish already hah.. huhu

  Aku balik Melaka pon start Hari Isnin petang 3/6/2019, masa nih dah start bz dekat rumah atok ye la nak masak ketupat/rendang dan yang paling best tahun nih adalah LEMANG! skali buat nah 60 batang wey bakar. Memang sedap bak hang bile buat sendiri dari beli! ahaksss

Lemang dari kami 60 batang settel! haha
Keluarga Besar Baba Ngah
Keluarga Besar Kami:)

Keluarga besar Pak Nasir! :p
Alhamdulillah tahun nih masih beraya dengan atok dan sedar amara kat Melaka nih. Insyallah ada rezki kita jumpa tahun depan lagi.

Thanks korang stalk blog kite yang tak seberapa nih :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...