Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 8 Ogos 2019

CARA NAK PRINT CONSIGNMENT NOTE SHOPEE POSLAJU DAN J&T

Assalammualikum

   Hey korang hari nih leeya nak share kat korang mana mana nak print Airwaybil dalam shopee (untuk seller) untuk Poslaju atau J&T. Leeya ni tak la pro hebat macam seller lain, tapi ini sedikit sebanyak yang leeya boleh kongsikan pada korang untuk panduan yang newbis macam leeya nih, hihi Sebelum tuh korang mesti la resgister dengan shopee dulu kalau yang niat nk start bisnes dalam shopee, ada banyak rules yang korang kene tau. Selepas korang dah register bagai then boleh la apply untuk Free shipping program yang Shopee tawarkan. Dulu hanya POSLAJU, sekarang diorang kembangkan lagi perkhidmatan kurier seperti DHL dan J&T. Tapi leeya hanya apply 2 free shipping program shopee nih iaitu POSLAJU dan J&T sahaja.



ni print waybill untuk POSLAJU. First bila masuk oder korang kene Klik ARRANGE SHIPPEMNT

Ini bile korang dah klik Arrange shipment tadi akan keluar pulak untuk CETAK WAYBILL, so apa lagi KLIK la uols

Tadaaaa siap untuk korang lekatkan dekat parcel korang tuh, tapi ingat Poslaju ada 4 salinan, 2salinan untuk lekat dekat parcel, 1 salinan untuk pej pos, 1 salinan untuk kite simpan.

So korang dah ready untuk pos out kepada customers okey. So bawah ini untuk J&T pulak eh.. So harap korang faham la yer.. hehe

Sama macam leeya bagi tau kat gambar first tuh, tapi yang nih tak sempat nak snap yang memula, tuh yang kluar VIEW SHIPMENT DETAIL

Sama macam Kat atas tuh.. korang klik CETAK WAYBILL okey

So terhasil la consignment note J&T nih, tapi yang nih hanya 2 salinan sahaja. satu untuk korang simpan, 1 lagi korang kene lekat kat parcel tuh.



Memula korang akan pening sikit pasal airwaybill nih, tapi lama-lama macam kacang je! hehe kena banyak belajar belek kat shopee nih. Atau pon sekarang ramai je kluarkan e-book la seminar la untuk Program shopee nih. Leeya nih sale pon tak la hebat macam seller lain, satu bulan je income diorang dalam shopee tuh dekat 30k ke atas weyy!! fuhhhh  seram seller cam nih. haha Moga kita semua dimurahkan rezki hendaknya ea. Ada masa jangan la lupa follow Shopee leeya k https://shopee.com.my/hjdol86 kut-kut nak cari stock borong baju budak..hihi

So selamat bershopping di SHOPEE gais:)

PEMBEKAL BORONG BAJU BUDAK

Assalammualikum

Hey korang, Sebenarnya dari hari tuh nak update tapi asik tak menyempat aje hah. Kali nih Entry hakak berkenaan BORONG BAJU BUDAK! sedia maklum mana yang kenal Leeya tau la leeya ada buat bisnes jual baju budak secara RETAIL dari tahun 2011 tau, tapi tak la aktif pada awal tahun tuh, sampai la kitorang try jual dekat Uptown Reko, Kajang. Seronok babe meniaga nih. Tapi itu la tak ada rezki sampai tahun 2013 tak silap kitorang decide untuk tidak lagi bukak booth kat sana sebab masa tu baru tau mengandung anak pertama + dengan keadaan kewangan masa tuh tak mengizinkan untuk teruskan. Memang sayang wey nak lepas kan Booth dekat orang lain, tapi nak buat macam mana kan.

   So Leeya start Biz Borong nih hanya la suka-suka sahaja. Tak sangka la Biz nih meletup  letup wey sekitar Bulan 11 tahun 2018 hari itu (Tapi sebelum tuh jual borong jugak tapi tak la aktif sangat). Allah tuh sebaik baik perancang, dia bukak kan pintu rezki untuk kami dengan cara macam ini. Sebelum ni jual Retail ada jugak la sale tapi krik krik jugak la kadang tuh.. haha So cakap dengan husband masa tuh saya nak fokus jual borong sebab nampak permintaan makin banyak. Alhamdulillah sehingga kini oder borong tak pernah putus-putus, boleh dikatakan setiap hari ada sales.







Ada banyak desgin yang availble untuk borong!!! Mana yang nak start berniaga baju budak tapi modal tak banyak? minimum Oder serendah 1 Dozen sahaja tau. Meh follow kita dekat instargam/telegram/fb page atau whatsapp leeya okeyyyy..:)

❤️Borong sahaja❤️

Berminat nak borong? boleh follow dibawah ea๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
.
Boleh FOLLOW kami di Instargam
https://www.instagram.com/lndborongbajubudak/
.
Boleh JOIN Telegram kami di
https://t.me/Lndborongbajubudak
.
Boleh Follow Shopee kami
https://shopee.com.my/hjdol86
.
Boleh Follow FB PAGE kami
https://www.facebook.com/Lndborong/

๐Ÿ“ฒSebarang Pertanyaan boleh terus Whatsapp
http://www.wasap.my/+60176995690 (Leeya)
.
Cara nak oder boleh Screen Shoot gamba mana yang berminat dan terus wasap leeya untuk oder.๐Ÿ™‹๐Ÿป tq

Isnin, 29 Julai 2019

RIANG RIA RAYA 2019

Assalammualikum

Hai korang, maaf lama sangat tak update kat Blog sendu ku ini...hehe Baru berkesempatan nak update ni tau. pejam celik pejam celik cepat masa berlalu kan, puasa pun dah  jadi berayo la kite ye tak:) Tahun nih team raya MELAKA (Rumah atok Baba belah Ayah) Walaupun keluarga belah abah tak ramai adik beradik tapi happening jugak la gais anak cucu balik. Blah mak memang Atok dan Nenek dah tiada so kitorang decide raya rumah Atok kat Melaka ni.

   Tahun ini theme korang color ape? tahun nih kami pilih Royale Blue sebab tak pernah ada lagi color royale blue ni lagi! hahaha Itu pon kitorang cari last minit baju Raya tau.. sadis kannnn
Tahun ini pon serba serbi yang mana mampu je lah, tak membazir sangat. Banyak duit keluar gais, meraung aku sat g lepas raya sebab duit finish already hah.. huhu

  Aku balik Melaka pon start Hari Isnin petang 3/6/2019, masa nih dah start bz dekat rumah atok ye la nak masak ketupat/rendang dan yang paling best tahun nih adalah LEMANG! skali buat nah 60 batang wey bakar. Memang sedap bak hang bile buat sendiri dari beli! ahaksss

Lemang dari kami 60 batang settel! haha
Keluarga Besar Baba Ngah
Keluarga Besar Kami:)

Keluarga besar Pak Nasir! :p
Alhamdulillah tahun nih masih beraya dengan atok dan sedar amara kat Melaka nih. Insyallah ada rezki kita jumpa tahun depan lagi.

Thanks korang stalk blog kite yang tak seberapa nih :P

Jumaat, 19 Oktober 2018

HANTAR ARISSA MASUK TADIKA CINA 4 TAHUN

Assalammualikum

 Hey korang, bersua lagi kita ea..hihi Hari nih nak cerita entry diatas tuh. Korang ada tak pengalaman macam liya hantar anak seawal 4 tahun ke tadika cina? tahun nih memang liya masukan Arissa awal ke tadika cina, memang itu plan liya dari awal sebenarnya, tapi pak die plak kalau boleh nak suruh masuk tadika PASTI.. tapi disebabkan nenek atok die sokong apa yang liya buat nih maka leeya pon daftarkan jugak la Arissa di tadika cina depan Sekolah liya kerja nih. Agak lewat jugak la liya masuk kan die tahun nih, bulan 3 macam tuh. Nasib cikgu still boleh terima kemasukan lagi tau.. hihi

     Yuran untuk masuk Arissa masa tu RM420 include pakaian seragam sekolah,buku,alat tulis dan bayaran yuran untuk sebulan. Sebulan bayaran RM120 uols. Tapi uols Yuran buku untuk 6 bulan pertama dah bayar(awal register yuran masa itu) , lepas 6 bulan seterusnya bayaran yuran buku pulak RM220. So total spend dekat tadika nih yuran setahun (termasuk buku,alat tulis,pakaian seragam) RM640. Untuk bayaran bulanan dari bulan 4 sampai bulan 11 RM960. Jadi memang kene standbay jugak la duit untuk segala yuran anak nak sekolah ni.

   Permulaan Arissa masuk dalam 3-4 hari awal2 pagi masa hantar je dia nanngis, lepas tuh lama-lama die dah dapat sesuaikan diri. Memang rasa lain la kan sebab Arissa tak ada basic dalam bahasa cina nih. Bile berdepan dengan kawan-kawan pon satu hal sebab nak bercakap/berborak pon kawan ada yang tak paham, kalau korang nak tahu Arissa satu2 nya perempuan berbangsa Melayu kat tadika tuh. Yang lain semua dari kaum Cina dan India. Agak kekok jugak la dia nak biasakan diri. Tapi dah dekat 8 bulan Arissa kat tadika sana dah boleh paham apa cikgu sampaikan, cuma bila nak sampaikan pada cikgu die lidah kelu je nak cakap hahaha, tak pe la nak, lama2 nanti awak pandai la ea. Next year i.allah liya akan sambung untuk umur 5 tahun kat tadika sini, senang sebab kawan dah ada, dan pembelajaran die pon okey. Cuma bila nak masuk 5 tahun nih, memang liya akan tekankan kepada penulisan dan kefahaman untuk bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina.

   Buat masa nih Arissa belum pergi mengaji lagi, sekarang ajar Arissa mengaji kat rumah dan ajar Doa makan, Al Fatihah dan lain2 doa juga. Insyallah tahun depan start hantar Arissa petang pergi mengaji dekat area kawasan rumah nih. Sebab liya pon fikir jugak tak kan nak fokus pada bahasa cina sahaja kan, bab agama juga liya akan tekankan juga untuk Arissa. Sebenarnya bila kite hantar anak tadika/sekolah cina ni memang kene ada perasaan struggle gituwwww, lagi bile die membesar macam2 ragam anak yang kite boleh nampak. So dari awal kita dah kene pantau batas pergaulan diorang, cara pemakanan diorang, dan macam-macam lagi.

   Arissa bila mak nye suruh cakap cina die cakap bahasa tamil pulak (kadang cakap bahasa tah pape tah).. hangin betul aku tau hahaha, tapi kalau ada kawan cina pandai pulak kadang die cakap cina dengan kawan nya tu. Walaupon maknye tak berapa nak faham hihi,  ialah dekat kawasan rumah kg nih jiran-jiran semua melayu, tak ada bangsa cina area kawasan rumah nih. So kalau pak die bawak g taman permainan baru la jumpe kawan cina/india.. baru la nampak die kadang tegur budak tuh dalam bahasa cina..hihi saiko betul anak ku kannnn. Banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi nanti liya sambung lagi k.

XOXO
-Leeyanasir-

Khamis, 2 Ogos 2018

HOLA 2018!

Assalammualikum

   Hey uols lama sangat tak update kan. Sekarang nih aku dah ada 2 anak tau! hahaha. jarang nak update blog pasal anak kedua nih sebab bz dengan kerja, nk uruskan anak,nak uruskan biz Online lagi. Kakak Arissa sekarang dah 4tahun 1bulan dan Adik Arriana 2tahun 2bulan. Kejap je anak Mama dah besar, Kalau korang nak tahu, Arissa dah masuk sekolah tadika awal bulan 3 tahun nih dekat Tadika Learning Box (Tadika Cina). So far Kakak Arissa namapak okey la sekolah situ, ada jugak nampak perubahan nya. dah mula kenal huruf/warna dan bahasa cina, tp belum full faham lagi la. Masih kena banyak belajar lagi. Tahun depan mama nak masukan Arissa kat sekolah PRA sekolah mama keja nih. Ia la kalau masuk pra sini senang sikit hati mama kalau bab makanan, sebab ada Pembantu Pengurusan Murid(PPM) melayu, so tak de la mama was was kan bab makan. Now tadika arissa memang ada sediakan makanan tapi dimasak oleh orang Cina. So mama memang tak bagi arissa makan yang telah disediakan oleh pihak Tadika. Selalu mama bawak bekal untuk ARissa je g Tadika tuh. kadang-kadang naik jemu tengok mama die bawak bekal! hahaha
   Arriana sekarang dah boleh cakap sikit-sikit al maklum lah, Arissa masih berputing jadi bila die nak bercakap agak lambat sikit. Mama dah try tak bagi die puting sehari tapi still masa nak tido malam cari puting kalau tak susah nak tido weyyyyy! stress mak tau:( Akal pun banyak mena nih, owh lupa mama memang panggil nama MENA masa die start baby lagi, padahal mama dah bagi nama sedap tuh. hihi jangan mara ye adik mena:) Adik mena nih senang sangat nak jaga die tau, behave je kalau die sensorang atau berkawan, tp kalau jumpe kakak asik nak gaduh manja je tau! kadang mama dan nenek die yang pening tengok kalau berdua nih. Mena nih kalau korang bagi die mainan die akan stay kat situ main yang apa ada kat depan mata dia, janji jangan ada orang kacau dia. Bab makanan pulak Mena LOVE EAT!!! kalau korang nak tau mena sejenis kuat makan bagi ape je la kat die semua die makan cuma batu dan kayu je la dia tak makan! hihi kuat-kuat makan pon badan still cenonit dia tuh. memang baka Mena nih jenis kurus dan kecik berbanding si kakak. Kalau dulu nak suh kakak makan kemain payah hah! air suam pun susah die nak minum.
   Mama sekarang tengah buzy online dan meniaga di CBS Mercato. ala just niaga kecil-kecilan aje uols. Kali nih aku jual kasut budak/dewasa, sebab jual baju budak nih dah ramai sangat pesaing nya kat CBS mahu pun Online. Tapi ada jugak la jual tapi stock kat suplier je semua, sebab tak nak amik risiko. So aku decide dengan suami nak meniaga kasut budak/dewasa. Alhamdulillah namapk jugak la hasilnya walaupun bukan modal yang besar. Aku pon start dengan modal kecik2 je dulu. Kerja pon still di SJKC Sepang, jawatan pon still yang sama..haha


Okey uols ada masa aku story lagi tau
XOXO

Isnin, 23 Mei 2016

33 weeks now!

Assalamualikum..

    Hey uols lame tak update hah.. pejam celik pejam celik dah 33weeks 4day now pregnent! tak lama je lagi awak nak keluar sayang. Kakak Arissa dah tak sabor nak tggu adik die nih,hehe Mengandung kali nih agak mencabar jugak la. Sebabnye  dekat2 3rd trimester nih pinggang macam nak patah uols! sakit sesangat2 tau, tido kanan x leh tido kiri x leh terlentang pon lagi la..macam nk tercabut nyawa hah.. Alhamdlillah kaki tak membengkak..cume nak baru2 nih loya tekak datang balik uols.. ya ampunnn! makan pon tak selera sangat tau. Jalan pon sekarang tak boleh lelama sebabnya tapak kaki rasa mencucuk2 sakit.
     Kali nih baby aktif sesangat tau tak macam arissa dulu. Mase part Arissa dulu behave je die kat dalam perut nih..hehe Itu yang bajet maybe ku dapat Boboi kut.. tapi tekaan ku salah upenye. aHahAha Baru2 nih doc KK Scan 2 kali mmg confirm die nampak gugirl, so aku pon x kisah sangat la dapat gugirl lagik janji die sihat dan masa nak bersalin nanti dipermudahkan semuanya.AMIN. Minggu depan dah start g Appoitment Hospital Putrajaya untuk dapat kan tarikh bersalin, so kite tengok la nanti sama ada dapat bersalin normal atau pon czer. Hope nak merasa Normal kali nih kalau diberi peluang.
      So persiapan kali nih x macam dulu la excited bebenor. sbb dah ada pengalaman dulu so prepeir mana yang penting dulu. Yang paling best nye baju baby pon tak beli lagi nih uols! hahaha baju Arissa dulu pon ada lagi, cume tak basuh je lagi semua. ngat gaji nih baru nak beli kelengkapan die semua. setakat nih aku dah beli Brest Pump Jenama Malish Manggo! sebab aku beli awal? aku nak standbay mase bersalin nanti takut tak kua..almaklumla nipple i buta 22 olsss. sebab pengalaman nk susukan arissa kat sepital tak dapat tau 3 hari duk kat wad tuh..sedih sangat!So aku dah standbay siap2 bawak.
       Ok la nanti sambung lagik ea.. keje kat opis nih bersepah naw nak kene settelkan sebelum bersalin ni. hehe kbai!

Khamis, 28 Januari 2016

17 WEEKS PREGNENT

Assalamualikum

 Helo gais.. hari nih genap 17weeks dah. Cepat masa berlalu kan, Alhamdulillah alahan seperti loya tuh dah kurang sikit, tapi ada la sekali dua je kena. Makan sekarang pon cepat lapar, lagi-lagi tengah malam mesti perut dah krik krik  suh isi makanan, sebab baby lapo kut! haha 2 hari lepas settel check up kat Klinik Ibu Mengandung Nurse tengok Hb sangat2 cantik sebab dulu masa mengandung Arissa mesti below 10! masa tuh amalkan ubat dari shaklee... sebab masa tuh ubat shaklee je rasa serasi, ubat klinik memang tak leh telan. Tapi kali nih tak boleh makan plak ubat dari Shaklee tak tau sebab ape, maybe bau die buat kan tekak rasa kombang wey.. So skunk aku countinue je ubat yang Klinik Kerajaan bagi nih, sebenarnya ada 2 jenis tak silap aku, ada yang bau ada yang tak bau.. kebetulan aku serasi yang jenis tak bau nih..hehe so setiap kali check up HB mesti 12@13! yeayyyy..
       Perubahan yang ketara sekarang nih bahagian Breast sebab nye bahagian Niple tuh kekadang gatal/kekadang sakit! huarghhh slalu gak la urut2 kan sendiri dengan mind set nak bagi anak kedua nih Full BF insyallah. SEbab aku nih Niple memang tak timbul so dulu masa Arissa x penah direct bagi sebab die penah try 2@3 kali die kuakan balik sebab x de puting n susu kua sikit kut. hihi So harapan kali nih nk sangat Full Bf. Korang doa kan aku eh. Badan pon sekarang makin mengembang, pernafasan makin laju, cepat mengah walaupun jalan tak sampai 5 minit. Kalau dulu baring masa mengandung Arissa suka sangat tidor melentang(tapi masuk 7bulan start mengiring), tapi kali nih masuk 3 bulan dah start macam x cukup nafas tau! macam orang tak cukup oksigen pon ade.. so memang kene slalu la mengiring kekiri atau kekanan.
        Sekarang macam perasa kekadang kerap jugak kene cramp/kejang bahagian tangan/ kaki. Ya ampun skali kene menangis tak berlagu kau. Kekadang kalau aku amalkan Ostemarik dari shaklee mesti tak kan jadi krem nih.. sebab aku dah try kalau aku tak makan ubat tuh beberapa hari mesti akan kene punye, kalau aku makan tak kene plak..haha sebab dulu masa Arissa setiap hari aku makan, alhamudulillah memang jarang berlaku krem nih ada la start pregg dulu 1@ 2 kali je kene. Cuma kali nih kekadang lupe nak makan! tua nye aku nih..hihi
       Buat masa nih still tak ada rasa pergerakan baby dalam perut, macam baby kick ke cuit ke.. memang tak rasa lagi.. maybe perut tebal sangat kut..hehe dulu masa Arissa nak masuk 4 bulan lebih baru rasa kick yang pertama, teruja habis kut dengan husband..:) Cuma sekarang masih menunggu die nak kick yang pertama.. tak saba nak bagi Arissa pegang perut mama die nih, sebab dulu die kat dalam, sekarang adik die plak kat dalam. hehe Arissa skunk dah pandai merajuk.. kekadang tak nak dengan ayah nye, kekadang nak dengan mama die nih, kekadang nak dengan nenek die... ada masa datang mengada2 die menguji kesabarang betul, mungkin sebab aura adik die nih perangai die jadi lagu tuh kut. Hope nanti keluar adik die nih, die sayang la adik die dengan sepenuh hati die.. I.allah AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...