Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 24 Oktober 2011

my pre wedding..:)

assalmualikum.
  
hah nih baru nak cerite...ri tuh saye nye cd pre wedding tertingal kat umah abg jaja..seminguu sebelum wedding bru saye dapat cd tuh,hehe kesian2..now bru nak uplod kat blog nih. nengok lah utk tatapan anda..wink wink~~













wewiitttt..hehe


wahh banyak sebenarnye,tapi mlz nak uplod banyak2! nanti kate ak nih kaki gambar laks..hehehe so wedding punye pic coming soon uolz..hehe:)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Moto GP yawwww....

salam...

 td si suami call kate 'nak pi GP x?'..hehe ofcos la itew jawab 'YES' kan2...brape tahun nak masuk asik x dapat jew, mase dulu keje kat mcd LCCT dapat lalu je la..masuk mmg x dapat kut,jln penuh nak mampuihh! now tahun nih mmg HARUS pegi kut..jum la reramai booking ticket..xoxo

hanye hiasan saje guyss..hehe:P  

 nak rase kat sane ada best tau x da best..jumpe disane okeys..:)

Khamis, 20 Oktober 2011

wallet wallet wallet....

assalamualaikum...

WArghhhhhh sedey pasal wallet nih tau...wallet ak skunk dah nazak skit..tinggal nak buang dalam tong sampah jew!hehe harap je jenama GUESS tp x tahan setahun! gerammmnye lahh dah la beli mahal2.. sob sob sob...:(

koyak koyakkkk...     



lagi dan lagiii...
 sedey jew ak tengokk... hurmm tp ak de lah sever satu wallet nih jenama FOSSIL..mmg ok la dari guess! banyak pocket tuk letak macam2 kad...(eceh mcm banyak kad je ak nih)hehe kulit die mmg tahan lama, n warna die mmg chantek x de la sakit mata memandang.. ce nengok wallet yg ak amik td nih..awesome gilerr.


chantekk kan??? hehehe


idaman tuh... tggu la duit jatuh dr langit nanti..heheh mmg akan dapat satu hari nanti...now tengah dok kecek2 husband ak nak wallet nih..wee will see saja!haha price for brand FOSSIL nih pun leh tahan gak rm200++ tuh baru wallet saje!! lau handbags rm500++... kalah jenama GUESS uolzzz..hehe tp 22 brand nih pun ade keistemewaan yg tersendiri..so ikut minat seseorang tuh la...depents klau nak muarh uptown pun ade tp x tahan lama sgt la 3 tau 4 hari pakai dah koyak? klau li mahal skit tahan x pe nih lau mahal pun x tahan ssh jgk an? so tuh la mmg kene pandai pilih lahhh lau x rugi jew beli mahal tp x tahan.. ape2 pun saya akan dapat kan jugak wallet FOSSIL nih...:)XOXO

Rabu, 19 Oktober 2011

JUM MENGIRA WAKTU KESUBURAN WANITA..:)

Assalamualikum..
saye nak share skit artikel nih... bgus gak bace artikel nih!selamat mencuba uolz..:).

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selasa, 18 Oktober 2011

rezeki hari nih..syukur ya ALLAH.:)




Alhamdullilah hari nih rezeki dtg..suke nye...MONEY money MONEY..!! luv it u olz..x sangka duit lam bank tuh ade..tetibe teringat bank agro td,terus pi bank kluar kan,tau2 je ak nih tengah kering..hehehe

Isnin, 10 Oktober 2011

berakhir sudah ceritera perkahwinan kami..:)

alhamdulllilah akhirnye selesai jugak majlis perkahwinan kami dengan jaya nye,hehe terima kasih kepada kawan2 sedara2 yang turut hadir memeriahkan majlis kami..penat kan wat event wedding nih kat umah lepas je wedding hurmmm amik kauuu periuk belanga kat belakang kene sentall,adoiii tp nak buat cam ne kannn tepaksa la,hehe anway happy coz sempat lah honeymon dekat2 jew..first pi cameron! tidoq sehari jew..coz x de pape la kat sane..n than sok nye x puas hati g pi nek genting..seronok gileee kut!hehe thnkz sayang ku..:) x sempat nak snap2 gambar coz camera hp batery kong..camera BenQ plak tertinggal kat dalam kete..hadoiii x pe x pe la.. jnji bahagia jew..kui3 gambar wedding x sempat nak amik..tp banyak gak member2 snap gambar..nanti ak explore skit mane gambar chantek ak uplod nanti k..heehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...