Assalamualikum..
Tarikh ini merupakan detik yang tak akan aku lupa kan..genap 2bulan pemergian arwah muhammad, setiap saat setiap detik tak akan kupernah lupa kan. Selama 19minggu ia berada di dalam perut ku, masa tuh aku rasa aku la perempuan yang bertuah sekali,anugerah Allah yang sangat terindah. Mase mengandung permulaan pun aku dah terima dugaan yang pertama,doktor scan perut aku masa kandungan 5minggu aku didapati ade ketumbuhan FIBROID,so masa tuh hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Macam2 dalam fikiran aku,sama ada ia merbahaya untuk kandungan ke tau tak?! Dalam awal mengandung aku tak ada alah langsung (muntah,pembawakan,pening) jadi aku rasa Allah permudahkan di awal mengandung sampai la 17minggu aku mula ada rasa tak kena pada perut dan kandungan aku,mungkin sebab Fibroid.
Jadi start tuh la bermulanya aku mengharungi detik2 yang tak akan pernah aku lupa! Start aku bledding teruk sampai la masuk Wad lebih kurang 2 minggu lebih aku pula ditimpa dugaan lagi sekali masa dihospital..Kandungan aku ada masalah iaitu AIR KETUBAN dah tak ada!masa tuh menangis jew,orang nampak luaran aku Senyum tapi dalam hati ni menangis bagaikan orang nak gila... Sehingga la hari terakhir arwah dikeluarkan pada 31/1/13 pada pukul 11.45am.. Sehingga ini tak pernah aku lupa untuk sedekah kan AL-FATIHAH kepadanya. Semoga kau ditempatkan orang yang beriman ye sayang ku.Amin