Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 8 Ogos 2019

CARA NAK PRINT CONSIGNMENT NOTE SHOPEE POSLAJU DAN J&T

Assalammualikum

   Hey korang hari nih leeya nak share kat korang mana mana nak print Airwaybil dalam shopee (untuk seller) untuk Poslaju atau J&T. Leeya ni tak la pro hebat macam seller lain, tapi ini sedikit sebanyak yang leeya boleh kongsikan pada korang untuk panduan yang newbis macam leeya nih, hihi Sebelum tuh korang mesti la resgister dengan shopee dulu kalau yang niat nk start bisnes dalam shopee, ada banyak rules yang korang kene tau. Selepas korang dah register bagai then boleh la apply untuk Free shipping program yang Shopee tawarkan. Dulu hanya POSLAJU, sekarang diorang kembangkan lagi perkhidmatan kurier seperti DHL dan J&T. Tapi leeya hanya apply 2 free shipping program shopee nih iaitu POSLAJU dan J&T sahaja.



ni print waybill untuk POSLAJU. First bila masuk oder korang kene Klik ARRANGE SHIPPEMNT

Ini bile korang dah klik Arrange shipment tadi akan keluar pulak untuk CETAK WAYBILL, so apa lagi KLIK la uols

Tadaaaa siap untuk korang lekatkan dekat parcel korang tuh, tapi ingat Poslaju ada 4 salinan, 2salinan untuk lekat dekat parcel, 1 salinan untuk pej pos, 1 salinan untuk kite simpan.

So korang dah ready untuk pos out kepada customers okey. So bawah ini untuk J&T pulak eh.. So harap korang faham la yer.. hehe

Sama macam leeya bagi tau kat gambar first tuh, tapi yang nih tak sempat nak snap yang memula, tuh yang kluar VIEW SHIPMENT DETAIL

Sama macam Kat atas tuh.. korang klik CETAK WAYBILL okey

So terhasil la consignment note J&T nih, tapi yang nih hanya 2 salinan sahaja. satu untuk korang simpan, 1 lagi korang kene lekat kat parcel tuh.



Memula korang akan pening sikit pasal airwaybill nih, tapi lama-lama macam kacang je! hehe kena banyak belajar belek kat shopee nih. Atau pon sekarang ramai je kluarkan e-book la seminar la untuk Program shopee nih. Leeya nih sale pon tak la hebat macam seller lain, satu bulan je income diorang dalam shopee tuh dekat 30k ke atas weyy!! fuhhhh  seram seller cam nih. haha Moga kita semua dimurahkan rezki hendaknya ea. Ada masa jangan la lupa follow Shopee leeya k https://shopee.com.my/hjdol86 kut-kut nak cari stock borong baju budak..hihi

So selamat bershopping di SHOPEE gais:)

PEMBEKAL BORONG BAJU BUDAK

Assalammualikum

Hey korang, Sebenarnya dari hari tuh nak update tapi asik tak menyempat aje hah. Kali nih Entry hakak berkenaan BORONG BAJU BUDAK! sedia maklum mana yang kenal Leeya tau la leeya ada buat bisnes jual baju budak secara RETAIL dari tahun 2011 tau, tapi tak la aktif pada awal tahun tuh, sampai la kitorang try jual dekat Uptown Reko, Kajang. Seronok babe meniaga nih. Tapi itu la tak ada rezki sampai tahun 2013 tak silap kitorang decide untuk tidak lagi bukak booth kat sana sebab masa tu baru tau mengandung anak pertama + dengan keadaan kewangan masa tuh tak mengizinkan untuk teruskan. Memang sayang wey nak lepas kan Booth dekat orang lain, tapi nak buat macam mana kan.

   So Leeya start Biz Borong nih hanya la suka-suka sahaja. Tak sangka la Biz nih meletup  letup wey sekitar Bulan 11 tahun 2018 hari itu (Tapi sebelum tuh jual borong jugak tapi tak la aktif sangat). Allah tuh sebaik baik perancang, dia bukak kan pintu rezki untuk kami dengan cara macam ini. Sebelum ni jual Retail ada jugak la sale tapi krik krik jugak la kadang tuh.. haha So cakap dengan husband masa tuh saya nak fokus jual borong sebab nampak permintaan makin banyak. Alhamdulillah sehingga kini oder borong tak pernah putus-putus, boleh dikatakan setiap hari ada sales.







Ada banyak desgin yang availble untuk borong!!! Mana yang nak start berniaga baju budak tapi modal tak banyak? minimum Oder serendah 1 Dozen sahaja tau. Meh follow kita dekat instargam/telegram/fb page atau whatsapp leeya okeyyyy..:)

❤️Borong sahaja❤️

Berminat nak borong? boleh follow dibawah ea๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
.
Boleh FOLLOW kami di Instargam
https://www.instagram.com/lndborongbajubudak/
.
Boleh JOIN Telegram kami di
https://t.me/Lndborongbajubudak
.
Boleh Follow Shopee kami
https://shopee.com.my/hjdol86
.
Boleh Follow FB PAGE kami
https://www.facebook.com/Lndborong/

๐Ÿ“ฒSebarang Pertanyaan boleh terus Whatsapp
http://www.wasap.my/+60176995690 (Leeya)
.
Cara nak oder boleh Screen Shoot gamba mana yang berminat dan terus wasap leeya untuk oder.๐Ÿ™‹๐Ÿป tq

Isnin, 29 Julai 2019

RIANG RIA RAYA 2019

Assalammualikum

Hai korang, maaf lama sangat tak update kat Blog sendu ku ini...hehe Baru berkesempatan nak update ni tau. pejam celik pejam celik cepat masa berlalu kan, puasa pun dah  jadi berayo la kite ye tak:) Tahun nih team raya MELAKA (Rumah atok Baba belah Ayah) Walaupun keluarga belah abah tak ramai adik beradik tapi happening jugak la gais anak cucu balik. Blah mak memang Atok dan Nenek dah tiada so kitorang decide raya rumah Atok kat Melaka ni.

   Tahun ini theme korang color ape? tahun nih kami pilih Royale Blue sebab tak pernah ada lagi color royale blue ni lagi! hahaha Itu pon kitorang cari last minit baju Raya tau.. sadis kannnn
Tahun ini pon serba serbi yang mana mampu je lah, tak membazir sangat. Banyak duit keluar gais, meraung aku sat g lepas raya sebab duit finish already hah.. huhu

  Aku balik Melaka pon start Hari Isnin petang 3/6/2019, masa nih dah start bz dekat rumah atok ye la nak masak ketupat/rendang dan yang paling best tahun nih adalah LEMANG! skali buat nah 60 batang wey bakar. Memang sedap bak hang bile buat sendiri dari beli! ahaksss

Lemang dari kami 60 batang settel! haha
Keluarga Besar Baba Ngah
Keluarga Besar Kami:)

Keluarga besar Pak Nasir! :p
Alhamdulillah tahun nih masih beraya dengan atok dan sedar amara kat Melaka nih. Insyallah ada rezki kita jumpa tahun depan lagi.

Thanks korang stalk blog kite yang tak seberapa nih :P

Jumaat, 19 Oktober 2018

HANTAR ARISSA MASUK TADIKA CINA 4 TAHUN

Assalammualikum

 Hey korang, bersua lagi kita ea..hihi Hari nih nak cerita entry diatas tuh. Korang ada tak pengalaman macam liya hantar anak seawal 4 tahun ke tadika cina? tahun nih memang liya masukan Arissa awal ke tadika cina, memang itu plan liya dari awal sebenarnya, tapi pak die plak kalau boleh nak suruh masuk tadika PASTI.. tapi disebabkan nenek atok die sokong apa yang liya buat nih maka leeya pon daftarkan jugak la Arissa di tadika cina depan Sekolah liya kerja nih. Agak lewat jugak la liya masuk kan die tahun nih, bulan 3 macam tuh. Nasib cikgu still boleh terima kemasukan lagi tau.. hihi

     Yuran untuk masuk Arissa masa tu RM420 include pakaian seragam sekolah,buku,alat tulis dan bayaran yuran untuk sebulan. Sebulan bayaran RM120 uols. Tapi uols Yuran buku untuk 6 bulan pertama dah bayar(awal register yuran masa itu) , lepas 6 bulan seterusnya bayaran yuran buku pulak RM220. So total spend dekat tadika nih yuran setahun (termasuk buku,alat tulis,pakaian seragam) RM640. Untuk bayaran bulanan dari bulan 4 sampai bulan 11 RM960. Jadi memang kene standbay jugak la duit untuk segala yuran anak nak sekolah ni.

   Permulaan Arissa masuk dalam 3-4 hari awal2 pagi masa hantar je dia nanngis, lepas tuh lama-lama die dah dapat sesuaikan diri. Memang rasa lain la kan sebab Arissa tak ada basic dalam bahasa cina nih. Bile berdepan dengan kawan-kawan pon satu hal sebab nak bercakap/berborak pon kawan ada yang tak paham, kalau korang nak tahu Arissa satu2 nya perempuan berbangsa Melayu kat tadika tuh. Yang lain semua dari kaum Cina dan India. Agak kekok jugak la dia nak biasakan diri. Tapi dah dekat 8 bulan Arissa kat tadika sana dah boleh paham apa cikgu sampaikan, cuma bila nak sampaikan pada cikgu die lidah kelu je nak cakap hahaha, tak pe la nak, lama2 nanti awak pandai la ea. Next year i.allah liya akan sambung untuk umur 5 tahun kat tadika sini, senang sebab kawan dah ada, dan pembelajaran die pon okey. Cuma bila nak masuk 5 tahun nih, memang liya akan tekankan kepada penulisan dan kefahaman untuk bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina.

   Buat masa nih Arissa belum pergi mengaji lagi, sekarang ajar Arissa mengaji kat rumah dan ajar Doa makan, Al Fatihah dan lain2 doa juga. Insyallah tahun depan start hantar Arissa petang pergi mengaji dekat area kawasan rumah nih. Sebab liya pon fikir jugak tak kan nak fokus pada bahasa cina sahaja kan, bab agama juga liya akan tekankan juga untuk Arissa. Sebenarnya bila kite hantar anak tadika/sekolah cina ni memang kene ada perasaan struggle gituwwww, lagi bile die membesar macam2 ragam anak yang kite boleh nampak. So dari awal kita dah kene pantau batas pergaulan diorang, cara pemakanan diorang, dan macam-macam lagi.

   Arissa bila mak nye suruh cakap cina die cakap bahasa tamil pulak (kadang cakap bahasa tah pape tah).. hangin betul aku tau hahaha, tapi kalau ada kawan cina pandai pulak kadang die cakap cina dengan kawan nya tu. Walaupon maknye tak berapa nak faham hihi,  ialah dekat kawasan rumah kg nih jiran-jiran semua melayu, tak ada bangsa cina area kawasan rumah nih. So kalau pak die bawak g taman permainan baru la jumpe kawan cina/india.. baru la nampak die kadang tegur budak tuh dalam bahasa cina..hihi saiko betul anak ku kannnn. Banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi nanti liya sambung lagi k.

XOXO
-Leeyanasir-

Khamis, 2 Ogos 2018

HOLA 2018!

Assalammualikum

   Hey uols lama sangat tak update kan. Sekarang nih aku dah ada 2 anak tau! hahaha. jarang nak update blog pasal anak kedua nih sebab bz dengan kerja, nk uruskan anak,nak uruskan biz Online lagi. Kakak Arissa sekarang dah 4tahun 1bulan dan Adik Arriana 2tahun 2bulan. Kejap je anak Mama dah besar, Kalau korang nak tahu, Arissa dah masuk sekolah tadika awal bulan 3 tahun nih dekat Tadika Learning Box (Tadika Cina). So far Kakak Arissa namapak okey la sekolah situ, ada jugak nampak perubahan nya. dah mula kenal huruf/warna dan bahasa cina, tp belum full faham lagi la. Masih kena banyak belajar lagi. Tahun depan mama nak masukan Arissa kat sekolah PRA sekolah mama keja nih. Ia la kalau masuk pra sini senang sikit hati mama kalau bab makanan, sebab ada Pembantu Pengurusan Murid(PPM) melayu, so tak de la mama was was kan bab makan. Now tadika arissa memang ada sediakan makanan tapi dimasak oleh orang Cina. So mama memang tak bagi arissa makan yang telah disediakan oleh pihak Tadika. Selalu mama bawak bekal untuk ARissa je g Tadika tuh. kadang-kadang naik jemu tengok mama die bawak bekal! hahaha
   Arriana sekarang dah boleh cakap sikit-sikit al maklum lah, Arissa masih berputing jadi bila die nak bercakap agak lambat sikit. Mama dah try tak bagi die puting sehari tapi still masa nak tido malam cari puting kalau tak susah nak tido weyyyyy! stress mak tau:( Akal pun banyak mena nih, owh lupa mama memang panggil nama MENA masa die start baby lagi, padahal mama dah bagi nama sedap tuh. hihi jangan mara ye adik mena:) Adik mena nih senang sangat nak jaga die tau, behave je kalau die sensorang atau berkawan, tp kalau jumpe kakak asik nak gaduh manja je tau! kadang mama dan nenek die yang pening tengok kalau berdua nih. Mena nih kalau korang bagi die mainan die akan stay kat situ main yang apa ada kat depan mata dia, janji jangan ada orang kacau dia. Bab makanan pulak Mena LOVE EAT!!! kalau korang nak tau mena sejenis kuat makan bagi ape je la kat die semua die makan cuma batu dan kayu je la dia tak makan! hihi kuat-kuat makan pon badan still cenonit dia tuh. memang baka Mena nih jenis kurus dan kecik berbanding si kakak. Kalau dulu nak suh kakak makan kemain payah hah! air suam pun susah die nak minum.
   Mama sekarang tengah buzy online dan meniaga di CBS Mercato. ala just niaga kecil-kecilan aje uols. Kali nih aku jual kasut budak/dewasa, sebab jual baju budak nih dah ramai sangat pesaing nya kat CBS mahu pun Online. Tapi ada jugak la jual tapi stock kat suplier je semua, sebab tak nak amik risiko. So aku decide dengan suami nak meniaga kasut budak/dewasa. Alhamdulillah namapk jugak la hasilnya walaupun bukan modal yang besar. Aku pon start dengan modal kecik2 je dulu. Kerja pon still di SJKC Sepang, jawatan pon still yang sama..haha


Okey uols ada masa aku story lagi tau
XOXO

Isnin, 23 Mei 2016

33 weeks now!

Assalamualikum..

    Hey uols lame tak update hah.. pejam celik pejam celik dah 33weeks 4day now pregnent! tak lama je lagi awak nak keluar sayang. Kakak Arissa dah tak sabor nak tggu adik die nih,hehe Mengandung kali nih agak mencabar jugak la. Sebabnye  dekat2 3rd trimester nih pinggang macam nak patah uols! sakit sesangat2 tau, tido kanan x leh tido kiri x leh terlentang pon lagi la..macam nk tercabut nyawa hah.. Alhamdlillah kaki tak membengkak..cume nak baru2 nih loya tekak datang balik uols.. ya ampunnn! makan pon tak selera sangat tau. Jalan pon sekarang tak boleh lelama sebabnya tapak kaki rasa mencucuk2 sakit.
     Kali nih baby aktif sesangat tau tak macam arissa dulu. Mase part Arissa dulu behave je die kat dalam perut nih..hehe Itu yang bajet maybe ku dapat Boboi kut.. tapi tekaan ku salah upenye. aHahAha Baru2 nih doc KK Scan 2 kali mmg confirm die nampak gugirl, so aku pon x kisah sangat la dapat gugirl lagik janji die sihat dan masa nak bersalin nanti dipermudahkan semuanya.AMIN. Minggu depan dah start g Appoitment Hospital Putrajaya untuk dapat kan tarikh bersalin, so kite tengok la nanti sama ada dapat bersalin normal atau pon czer. Hope nak merasa Normal kali nih kalau diberi peluang.
      So persiapan kali nih x macam dulu la excited bebenor. sbb dah ada pengalaman dulu so prepeir mana yang penting dulu. Yang paling best nye baju baby pon tak beli lagi nih uols! hahaha baju Arissa dulu pon ada lagi, cume tak basuh je lagi semua. ngat gaji nih baru nak beli kelengkapan die semua. setakat nih aku dah beli Brest Pump Jenama Malish Manggo! sebab aku beli awal? aku nak standbay mase bersalin nanti takut tak kua..almaklumla nipple i buta 22 olsss. sebab pengalaman nk susukan arissa kat sepital tak dapat tau 3 hari duk kat wad tuh..sedih sangat!So aku dah standbay siap2 bawak.
       Ok la nanti sambung lagik ea.. keje kat opis nih bersepah naw nak kene settelkan sebelum bersalin ni. hehe kbai!

Khamis, 28 Januari 2016

17 WEEKS PREGNENT

Assalamualikum

 Helo gais.. hari nih genap 17weeks dah. Cepat masa berlalu kan, Alhamdulillah alahan seperti loya tuh dah kurang sikit, tapi ada la sekali dua je kena. Makan sekarang pon cepat lapar, lagi-lagi tengah malam mesti perut dah krik krik  suh isi makanan, sebab baby lapo kut! haha 2 hari lepas settel check up kat Klinik Ibu Mengandung Nurse tengok Hb sangat2 cantik sebab dulu masa mengandung Arissa mesti below 10! masa tuh amalkan ubat dari shaklee... sebab masa tuh ubat shaklee je rasa serasi, ubat klinik memang tak leh telan. Tapi kali nih tak boleh makan plak ubat dari Shaklee tak tau sebab ape, maybe bau die buat kan tekak rasa kombang wey.. So skunk aku countinue je ubat yang Klinik Kerajaan bagi nih, sebenarnya ada 2 jenis tak silap aku, ada yang bau ada yang tak bau.. kebetulan aku serasi yang jenis tak bau nih..hehe so setiap kali check up HB mesti 12@13! yeayyyy..
       Perubahan yang ketara sekarang nih bahagian Breast sebab nye bahagian Niple tuh kekadang gatal/kekadang sakit! huarghhh slalu gak la urut2 kan sendiri dengan mind set nak bagi anak kedua nih Full BF insyallah. SEbab aku nih Niple memang tak timbul so dulu masa Arissa x penah direct bagi sebab die penah try 2@3 kali die kuakan balik sebab x de puting n susu kua sikit kut. hihi So harapan kali nih nk sangat Full Bf. Korang doa kan aku eh. Badan pon sekarang makin mengembang, pernafasan makin laju, cepat mengah walaupun jalan tak sampai 5 minit. Kalau dulu baring masa mengandung Arissa suka sangat tidor melentang(tapi masuk 7bulan start mengiring), tapi kali nih masuk 3 bulan dah start macam x cukup nafas tau! macam orang tak cukup oksigen pon ade.. so memang kene slalu la mengiring kekiri atau kekanan.
        Sekarang macam perasa kekadang kerap jugak kene cramp/kejang bahagian tangan/ kaki. Ya ampun skali kene menangis tak berlagu kau. Kekadang kalau aku amalkan Ostemarik dari shaklee mesti tak kan jadi krem nih.. sebab aku dah try kalau aku tak makan ubat tuh beberapa hari mesti akan kene punye, kalau aku makan tak kene plak..haha sebab dulu masa Arissa setiap hari aku makan, alhamudulillah memang jarang berlaku krem nih ada la start pregg dulu 1@ 2 kali je kene. Cuma kali nih kekadang lupe nak makan! tua nye aku nih..hihi
       Buat masa nih still tak ada rasa pergerakan baby dalam perut, macam baby kick ke cuit ke.. memang tak rasa lagi.. maybe perut tebal sangat kut..hehe dulu masa Arissa nak masuk 4 bulan lebih baru rasa kick yang pertama, teruja habis kut dengan husband..:) Cuma sekarang masih menunggu die nak kick yang pertama.. tak saba nak bagi Arissa pegang perut mama die nih, sebab dulu die kat dalam, sekarang adik die plak kat dalam. hehe Arissa skunk dah pandai merajuk.. kekadang tak nak dengan ayah nye, kekadang nak dengan mama die nih, kekadang nak dengan nenek die... ada masa datang mengada2 die menguji kesabarang betul, mungkin sebab aura adik die nih perangai die jadi lagu tuh kut. Hope nanti keluar adik die nih, die sayang la adik die dengan sepenuh hati die.. I.allah AMIN

Rabu, 18 November 2015

RAGAM ARISSA MASUK 1 TAHUN

Assalamualikum gais.

Okey hari nih entry nak sembang pasai anak dara ku Nur ARissa Medina yang semakin hari semakin mox dan comel! haha (sila meluat) pejam celik pejam celik dah 1 tahun 4 bulan lebih dah, Alhamdulillah membesar dengan jaya nya! perkembangan sekarang nih Arissa dah boleh sebut MAMA, AYAH, APANG (abang),KAKAK,NENEK,ATO(atok),MAMAM(makan)1,2,3,4,8,CU(susu),YAK(Berak). buat masa nih yang aku dengar nih je lah.. yang lain2 tuh die suke membebel yang tak paham kite dengar..haha bahasa baby kan. Sekarang pun dah pandai kalau kite cakap nak mandi atau yak.. cepat2 terus g bilik air, dah biasa dengar hari2 mak nye cakap die dah boleh faham. setiap hari ada je akai die nih tau.. kekadang gelak sorang2 hokey.. kalau nak susu skunk senang je cakap kat die nak susu x? than kalau die geleng tuh maknanya die memang tak nak la, kalau die dah haus sangat die akan tunjuk botol die! hehe so mama die akan paham la die nak susu.


Waktu tidur? nih paling yang aku rasa sebel sikit la, sebabnya arissa nih macam susah nak tido kalau dilemparkan ke katil, nak kene amik masa baru die akan tido, paling cepat nak bagi die tido bagi la buai kat die memang confirm terus tido tuh pon ikut mood die la..hihi Arissa nih perangai pelik die sebelum nak tido akan cari bucu bantal than die akan gentel / isap! tahan die tak akan tido stay setempat, tau2 die akan pusing 360 darjah untuk cari port baik nak landing n keselesaan die. Aku nih dah berapa kali kene hempap dengan kaki die la tangan die la, n paling win kepala die lah, kalau kene benjol ko!! nak marah pikir anak masih kecik. hurmm sabo je la hati nih. kalau korang nak tau Kulit Arissa nih tebal agaknye, sebab die tak suka pakai selimut tau mas atido! haha siyes aku cakap sebab nya dah banyak kali aku try selimutkan die dr umur 9@10 bulan gitu die akan buat2 tendang selimut tuh menunjuk kan die protes tak nak pakai selimut masa tido. So start dari tuh memang aku tak pakaikan kecuali kalau aku rasa cuaca sangat sejuk mesti selimutkan jugak.

Gadget? so far Arissa tak suka tengok kartun/Youtube kat hp, kat TV pon tak layan, acaner? haha aku penah try bagi jugak die tgk kat Hp dekat Youtube Upin&Ipin layan nye tak smapai 4 minit die dah bosan nanti die akan campak la hp tuh kemana die suka. Tapi Arissa nih jenis suka pegang sahaja HP, tuh pon kenkonon ngah calling2 gitu, dan die akan tekan button tah mana2 than akan ngoceh(cakap sendiri/membebel)  sendiri. hehe paling Win Hp Ipong aku die masuk dalam Mangkuk Jamban umah!! stress wey aku masa tuh. Dah la banyak gamba/Video die masa baby lagi. dah la aku tak save kat icloud,cissss redho jela kan. Memang dari start hari tuh aku akan reminder mak,abah,adik n suami aku setiap kali kua dari tandas,atau bilik air sila la TUTUP dengan kadar segara supaya mengelakan perkara gitu berulang..memang sejarah tak mungkin kembali (lagu newboyz gitu). Jangan nanti dah beso nak pegang tepon je memanjang memang nak kene Start ngan mama nih.

Aktiviti? Arissa kalau korang bagi  lepas kat padang memang confirm die akan tawaf satu padang, sumpah tak tipu! Arissa memang kuat jalan, dan die akan membebel sepanjang die berjalan tuh. Die memang suka berlari/nerjalan kat tempat2 luas tanpa pandang depan! haha kekadang aku risau sangat sebab die jenis kau panggil die, die akan move kedepan dan kedepan.. so memang penat nak kejar! Ada la skali die boleh loloskan diri dari Slinding Door umah( bayangkan la ek die boleh tarik slinding door tuh,kuat tak tangan die!haha) die boleh berlari melulu terus nak kejalan, nasib baik la sempat perasan tengok slinding dah terbukak, tengok-tengok die dah separuh dari rumah nak kejalan raya besar tuh. huargggg geram tau hati nih. Sampai berlari dengan tak pakai kasut nye mengejar nak selamatkan die. So now memang kene make sure la slinding tuh kene tutup rapat dan lock. Toys kat rumah pon memang tak banyak, sebab die tak suka main sangat dengan mainan yang aku beli, contoh teddy bear (die akan campak2 je bear tuh), Duck muzik (diepatah2kan part2 bahagian kepak dan terus down muziknye), kerete mainan (campak2 jugak kalau dapat kat tangan die),Flash Card (tengok sekejap nampak cam teruja tapi hanya kejap je peh tuh dah jemu die campak/buang merata). Banyak kali jugak la ajak die blajar Flash card bercolor, tapi sekejap je die dah start jemu, risau la plak! tak tau dah nak buat ape. Kalau korang bagi pen/pensil die suka! mana2 budak pon akan suka kan.. lagi2 die akan buat seni kat tapak tangan la kaki die la,lengan tangan die la, fuh menguji kesabaran betul, tapi aku tak kisah sangat janji die ada minat nak nak pegang PEN! hihi Gaji nih baru nak beli kertas drawing n pensil color lebih, dan buku rujukan/gamba haiwan dan Flash card untuk trek die minta nak membaca dan mengenal binatang/huruf/nombor. Ada rezki mama nak buat BUKU POP UP/BUSY BOOK untuk Arissa.Inyallah kalau masa mengizinkan.



Banyak lagi yang ku tak explore lagi ragam Arissa nih, hopefuly Arissa membesar dengan baik dan diberikan kesihatan yang baik, mendengar kata, dan menjadi anak yang soleha dan anak yang boleh membanggakan ibu dan ayah ye sayang.Amin! kbai xoxo

Isnin, 16 November 2015

MORNING SIKCNES

Assalamualikum.

Mengandung kali ketiga ni (first gugur,kedua Arissa) aku rasa morning sikcnes nih betul2 mencabar! awal2 preg nih dah mula rasa tekak nih loya je tengok makanan pon nak muntah.. tapi aku site dalam kepala otak nih jangan muntah.. tapi kekadang bila tak tahan memang keluar jugak la akhirnya. Tapi sumpah babe seksa jugak bile ada simptom morning sikcnes nih.

Dulu masa Arissa tak ada la teruk sangat simpton nih.. paling kuat pon tak de selera sangat dekat makanan sampai la kandungan nak masuk 4 bulan macam tuh.. Diawal awal pregnent kire tak ada la loya tu teruk macam sekarang nih.. x de pening sangat! cume terasa mengah n sakit pinggang tuh memang kaw2 rasa die pergi tuh..hehe

Sebelum aku tau aku pregg aku dah mula rasa something kat badan aku nih, First rasa lemah..kedua aku cam cepat letih sangat2, ketiga pening2 tuh sikit je la tapi tak la sakit macam migrin tuh, keempat teringin nak makan shushi,keow teow goreng basah! kelima jantung nih berdegup kemain laju..hehe So dalam hati masa tuh dah pikir aku pregnent ke nih? sebba sebelum tuh minggu sebelum nye aku dah cek UPT mmg negetive Hokeyyyy. So cakap dengan husband try lagi sklai beli UPT kat Watson (murah sikit) je. Balik terus cek tak de masa nak tunggu waktu pagi subuh tuh nak try! hahaha x sabo naw hah. So dengan pelahan2 tgk UPT tuh.. alhamdulillah memang positive wey! masa tuh memang dah rasa takut ada, sedih ada happy ada. Tapi dah allah beri kami rezki anak nih ,Insyallah kami akan jaga sebaik mungkin.

Bila sekarang aku ak makan aku akan fikir 2 3 kali nak makan sebab aku takut lepas makan aku akan muntah balik, wey memang sakit la kalau muntah.. skali muntah kluar makanan yang kita makan memang perit bak hang.. tekak kau akan rasa payau jew.. Sebelum nih dah try jugak makan pelam+garam! hurmm tak jalan sangat tapi ku cube untuk tahan nak muntnah kan balik.. hehe kalau sebelum nih mak masak KARI AYAM kling (febret) confirm2 la aku yang bedal lu. Tapi kali ini tidak bagi ku, sebabnya bila makan aku rasa bau ayam tuh hanyir sesangat.. padahal sebelum nih kalau makan sampai jilat ibu jari kau... hihi tak tau la sampai bila keadaan sekarang nih nak berubah. hope kandungan nak masuk 3 bulan ke dah kembali back to normal, rindu nak makan sedap2 nih!!!

Korang doakan mak jemah n baby dalam kandungan nih sihat hendaknya ea. petang nih nak scan tuk confirmkan dah berapa weeks..al maklumlah bebenornye lupe date period aku..hahaha kbai gais. xoxo

Rabu, 11 November 2015

MIMPI KELUAR SUSU BADAN

Assalamualikum gais..

Dalam 2@3 hari lepas aku mimpi keluar susu badan uols! banyak sangat sampai tak payah pam,just letak tempat pam tuh than susu keluar sendiri dengan banyak. apa ek petandanya tu. Aku tak nak pikir negetive, just think positive aje! sebelum nih masa mengandung kan Arissa aku mimpi aku lahir anak permpuan sangat comel dan pipi die tembam macam Pau.. Alhamdulillah memang betul la ramalan aku mimpi dapat anak perempuan yang sebijik sama muka dalam mimpi aku tuh.  Sebab sebelum tuh aku berteka teki dngan jantinan anak aku tuh, Fisrt pergi gomen die kate macam tak nampak lagi, ok la fine aku ajak en somi g Klinik Aisyah(ingat2 lupe) kat Salak Lama untuk Scan 3D, masa tuh dah 4@5 bulan cam tuh aku pergi than bile doc Aisyah try scan memang baby tak mau pandang depan die suke pandang blakang, so memang tak nampak muke die, tapi doc cakap macam perempuan! so excited nox bile dapat tahu aku akan dapat baby girl!

Tak lama lepas beberapa bulan appoitment dengan Klinik Kesihatan Salak, doc scan plak kate macam nampak lelaki! ha??? sebelum tuh dah excited shoping baju gegirl sikit, so bila dapat tau aku stop beli barang dahulu. tapi ada jugak la beli barang baju baby boy sikit-sikit. So kebetulan plak masa tuh sedara n kekawang kate perut aku nih cam kedepan so lagi skali diorang kata aku akan dapat baby boy, masa tuh down sikit la sebab aku nak anak perempuan! hahaha tapi aku tak kisah pon dapat lelaki atau perempuan janji anak aku sihat walafiat.:) So last tuk confiramtion jantina aku mase chekup kat Hospital Putrajaya Doc scan(canggih skit namapk clear) memang confirm die kata perempuan, Syukur Alhamdulillah keluar la Nur Arissa Medina 4.7.2014.

Okey berbalik tajuk aku tuh.. korang penah tak mimpi cam tuh? apa maksudnya mimpi tuh? sebab sebelum nih arissa ku bagi susu badan hanya Sebulan sahaja itu pon aku guna pam dan masukan susu dalam botol, sebab nipple aku buta dua2, so aku dah banyak kali cuba bagi arissa hisap tapi susah nak dapat, kalau dapat die nyot sekejap je than die keluarkan balik. (hati nih sedih sebab tak dapat full bf kat anak) Tapi memang betul aku mimpi susu aku keluar dengan banyak tanpa pam atau urut. Aku just berdoa insyallah diberi peluang kali kedua ini untuk Full BF tuk anak kedua nanti. Moga semua nya dipermudahkan, korang tolong doakan sama eh.:)

Advance Birthday dan Picnic!

Assalammualikum gaiss..

 Sihat ke semua? semalam aku dengan Bff dah plan nak buat Picnic n advance birthday aku skali.. hahaha x supries betul dah kitorang skunk. So memandangkan dah lama giler tak jumpe mereka, rindu tahap menebal menusuk kat hati nih hah.. akhirnya kami plan waktu cuti Depavali! mase tuh je semua Free lepas nih dah memasing Bz balik. Kami decide nak buat kat Tasik Shah Alam sahaja. malas nak g jauh2. So kami sembang2 dalam group Whatsapp ape yang perlu dibawa dan persiapan semua. Yehaaa memang tak sabar uols nak jumpe kesayangan semua. Theme kami semua White n Black tapi yatt elda lupa nak bagi tau sebab mybe die rushing2 nak buat Brownies die tuh agak nye.. haha takpe yatt kami tetap sayang ko!



So aku bajet hanya 4 orang sahaja iaitu geng BFF ku Ain,Elida n Ikin.. tapi tak sangka Yatt pon joint skali, warghh lagi meriah picnic kami semalam. Dan aku sangat berterima kasih pada yatt sebab kau tau menghargai erti persahabatan. bukan jenis bile time mase die kemain lagi kan kan... bile mase kite hampeh jew, bukan la marah ke apa tapi cuba la Appreciate hubungan kawan tuh. hurmmm eh emo plak aku nih kan.. dah jum sambung balik, Aku sampai dalam kul 8.30 am dan Ain memang smapai awal la sebab rumah die paling dekat! haha so ain cari tempat dulu tuk kami berpicnic dengan selesa tanpa ganguan dan yang paling safe persekitaran tuk anak2.

happy birthday advance to me:)

paling sedap!

Nampak tuh kek titew yang cute tuh! tq gais.. tak kisah pon korang nak sambut atau tak janji dapat jumpe korang pon dah best tau. Aku nih dah la tengah orang kate dalam mood morning sicknes lagi..opsss:p Tapi makan yang diorang bawak nih ya allah sumpah sedap sangat!!! lagi2 Congor bars tuh, pestime mak jemah makan haha so agak jakun jugak nk merasa. So far memang kengkawan semua pandai masak dah skunk, aku je masih terkial2 nak buat semua bende..hihi Aktiviti kami just borak2 santai, main bubble with anak2..ye la bila dah ada anak nih felling die lagi seronok tau! tak caya cepat2 la kawin atau mengandung..hehe

my anak2.. lepas nih lagi ramai la :)

abaikan rambut arissa! husyan awat nye tuh? aqif gak stedy

diorang kate rambut diorang nak akan sama, dan tinggi pon akan sama! haha
Ala baby mika nangis masa nih

little family Yatt( sory tak dapat gambar korang pandang kamera) hihi

okey baby mika tido sepanjang picnic tuh

eh eh jangan kata aku gemok eh! haha


Kebetulan mase nih Husband ikin tak da sebab keja jauh nun kat ganu sana, al maklumla keje kapal memang berjauhan la, hope hati kau kental eh kin! hahaha Seronok bila kite buat event cam nih sebenarnya, mengirat kan silatulrahim sesama yang lain. So next birthday Yatt bulan 12,. So ko jangan risau Yatt akan kami sambuut untuk kau k.. mybe kali nih kite buat BBQ kut..yehaaaa lagi la best, last kami buat BBQ kat PD tahun 2013 mase tuh aku pregnent Arissa, Ain plak mase tuh pregnent Husyan. Mane la tahu kan Yatt plak lepas nih.. hahahaha  Kalau ada rezki lebih memasing nak buat kat PD, dapat bermalam satu malam pon dah syiok! sebab kali nih bawak anak, dulu bercouple(dah kawin) hihi. Tunggu next post birthday yatt nanti k:)

tq gais! xoxo

Isnin, 9 November 2015

MENGANDUNG ANAK KE-3!

Assalamualikum gais....

     Hey gais.. Tak tau la nak excited ke tau ape nih.. hehe Hari tuh try chek UPT sebab lambat period hah.. tengok2 haaaa naik 2 line hokey:) so bermakna AKU MENGANDUNG LAGI WEYYYYY!!! masa tu perasaan campur baur tau ada sedih+happy+takut huarghhh semua tuh aku rasa sekarang nih. Ye la Arissa baru 1y 4m sekarang sepatutnye aku kena gape 2@3 year untuk prengent balik.

Bila dapat tahu je upt aku positive aku terus bagitahu kat husband yang 'mybe' aku pregnent! mati2 die ingat aku tipuuuu.. ishhh vengang betul tau.. haha skali hah mak jemah tunjuk UPT tuh terus sengeh2 sorang2! dan ayat yang aku dengar be selepas die tengok UPT aku die kata "Yessssss Berjaya'! hah??? kau dah kenapa en somi, kemain suke bebenor kau ehhh..(buat muke blur sekejap), ye la mase tuh aku rasa marah pon ada rasa bengang pon ada, ye la risau kut sekarang nih bile dah tau nk g klinik confirm2 la nurse n dokter bising kan!

So lebih kurang 3@4 hari jugak la memikirkan nak g klinik bile! haha takut punye pasal.. Last2 ku serah diri jua ke klinik sungai pelek dekat dengan area rumah mak aku nih. First masuk je ku langkah kaki kanan sambil baca doa hokey! Alhamdulillah time masa nak buat buku Pink nih Nurse cool je tak de marah2 pon tau! fuh dalam hati lompat2 bintang nih.. macam biasa la nak buat buku Pink kan memang agak lama sikit prosuder nye.. Fisrt amik air kencing lu untuk sah kan yang aku nih betul pregnent, lepas tuh timbang, cek tekanan darah n yang paling aku tak suka adalah amik darah! dah la aku nih jenis susah nak jumpe urat.

Lepas aku setel benda tuh baru jumpa dokter untuk scan kandungan sebabnya aku lupa tarikh period aku boleh! hahaha so memang dup dap jugak la nk g bilik dokter nih takut kene marah. Lagi skali Alhamdulillah Dokter sangat soft spoken, just mara2 gitu je la, tp memang dah bersedia telinga nih untuk bebelan dokter. Just dokter kate continue sahaja la dengan kandungan sekarang, tapi kali nih aku refer Hospital  Putrajaya (sebab memang aku ada history kat sana so lagi senang refer sana) awal sikit iaitu 30weels. dulu masa Arissa 36weeks dah refer sana untuk confirmkan aku nih bersalin normal atau czer sbb history Fibroid dulu kan. So dokter nih tgk buku Pink lama aku ada history dulu so die percepatkan untuk refer kesana.

Cuma sekarang Due Date tak pasti lagi sebab hari  tuh dokter scan nampak kantung tuh kecik sangat so die tak boleh nak estimate due date aku dengan betul. So die bagi appoitment lagi 2week dari sekarang untuk scan balik. Harap2 kali nih Semua nya dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk besarkan Arissa dan dalam kandungan ni. AMIN

Khamis, 5 November 2015

Sushi owh Sushi

Assalamualikum

  Hey gais! Hari nih nak cerita sikit pasal Makanan Sushi.. kenapa ek tetiba plak kang aku nak hapdet pasal Sushi nih. Sebab nye dah berapa minggu nih aku asik teringkat Sushi je.. padahal aku tak suka sangat Sushi nih, sebelum nih aku penah makan tapi mutah balik sebab tak boleh terima tekak nih. Tapi tah la perasaan nih tekak nih nak makan Sushi!

Start masa gaji la membuak2 aku nak mencari Sushi, pergila ke Midvalley mase tuh dengan sepupu kebetulan nak makan Misai sotong yang sedap bak hang (kalau g midvalley sure korang kene try misai sotong nih kat bahagian area sushi dalam aeon tuh) dapat la beli Sushi tapi ku pilih jugak la.. macam unagi ke abalon ke salmon ke memang ku tak makan, paling yang aku suke yang berasas kan sotong memang aku bedal! lain2 tuh macam crabstick,egg, dan yang paling best jenis Sushi roll yang kecik2 tuh sebab mudah nak makan dan boleh rasa semua jenis.



Tapi lepas aku makan Sushi tuh alhamdulillah kepuasan ko!! hahaha, kenapa la pelik naw tekak aku nih.. tapi sebelum tuh jugak setiap malam kejutkan husband nak makan keow teow goreng basah! laki aku cakap kau dah kenapa malam2 nak makan plak.. padahal tadi dah makan nasi. hehe terukan kan selera hantu aku nih.

Selasa, 27 Oktober 2015

Boleh ke Mengandung lagi selepas bersalin czer!

Assalamualikum gais... Lame giler mak jemah tak hapdet kan! haha sebabnye bz dgn biz online,bz kerja kat opis,bz jage anak lagi. Alhamdulillah Arissa dah setahun 3bulan, semalam baru chekup klinik. Nurse ada bg tau atau hint agaknye.. dah boleh dapat adik nih! Whateputtttttt terkezut mak jemah hah bile dengar. Aku pon tanye jugak la boleh ke Nurse saya pregg lagi sbb dulu saya czer.. korang rasa jawapan die ape?? hah die kate BOLEH AJE ADIK!! wahahahaha... korang rase acaner?seriau jugak dengar nih:( Tapi kalau dah ada rezki i.allah terima dengan seadanya anugerah yang Allah bagi nanti! korang doakan eh.

Selasa, 29 September 2015

Arissa dah 1 Tahun 3 Bulan!

Assalamualikum sume bloggers.. pejam celik pejam celik anak mama da setahun dah.. tp tak sempat nak sambut bezday die sangat tahun nih sbb mase tuh puasa.. Tapi tak pe tuk next year mama promise kite akan sambut bezday awak ye sayang.. walaupun x semeriah mana nanti..hikhikhik (save bajet weyyy). Hari tuuh pi chekup untuk setahun badan arissa tak naik sebab baru baik demam.. so mas atuh memang tak la die nak jamah nasi! tuh pon nak susu saje. memang merisaukan la kan bila anak tak sihat memang tak tidur malam dibuat nya. Tapi syukur Arissa dah sihat sepenuhnya. Kami  nih satu keluarga kalau tau Arissa tak sihat simptom2 nye mesti arissa akan merengek 24 jam, lepas tuh kite nak ajak die main/gurau/lawak mesti buat bodo jew.. haha tapi kalau dah sihat fuhhhh kau kejar die lari satu rumah wey! penat tak sudah tau..:) Arissa start full jalan masa die umur 11 bulan so agak lambat jugak la.. tapi aku tak sure la anak orang lain, tengok jugak pada budak, ada yang umur 9 bulan dah boleh full jalan kut.

1 tahun 3 bulan now!
Okey sekarang Arissa dah pandai ikut apa yang kite ajar/suruh. Aku rasa masa nih la kite sebagai ibu/bapa main kan peranan. Contoh satu la aku bagi kat die.. aku suh die angkat tangan doa untuk makan. terus die buat! ya allah bile tau je die buat kemain happy mak nye nih.. macam jakun pon ade!:P Tapi buat masa skunk nih die memang tak boleh bace doa full la.. just die boleh buat pergerakan yang kite ajar.. so dari situ nanti insyallah kite praktiskan hari2 die dah boleh buat kan. Contoh kedua, yang nih memang lawak spontan kut! hahaha penah skali nenek nye seseme.. ofkos la kan ambil tisu lap kat hidung tuh n hembuih2 hingus yang ado.. skali tuh perasan la Arissa pi ambil tisu basah than die letak kat hidung(kebetulan memang arissa seseme skunk akibat cuaca jerebu) than die HEMBUS2 sampai kua hingus die, kemain comel naw buat gitu! haha senang kut keje aku nak kasi kuakan hingus die.. kehkeh claver girl la awak nih sayang:) Banyak jugak la tengok perkembang arissa skunk nih.. Cume bab percakapan.. skunk nih Arissa dah boleh panggil Nenek,ATok,Mama,Ayah kalau kite sebut sesuatu perkataan tuuh die akan ikut jugak tapi kelakar jugak la kan sebab die amik perkataan last je.. (yang ada anak mesti tau) Hari tuh ajar jugak la suruh sebut 1,2,3,4 dan seterusnya die nak jugak la ikut ape yang kite ajuk.. tapi tengok mood die jugak wey kalau datang tak nak fuhhh sentap habis mak tau sayang, tapi kalau dapat buat kemain betul mak nye gelak2 sambil guling2 (jangan la pecaya sangat eh tang guling2 ).

kemain nak spek besar!:)
Perangai arissa skuk mama dah boleh agak. Pe'el die nih kalau nak mandi kemain takut wey.. tapi aku start siram kaki dulu baru bawak keatas kalau tak kau dengar la die meraung satu rumah.. hehe lepas tuh arissa memang susah nak pakai kan baju tau tak! lepas lap2 badan than dah pakai kan pampers.. ajak main cak2 n lari dulu.. haish la anak bile nak pakaikan baju nih.. kekadang kite nak cepatkan kerja kite jadi lambat sebab nak layan anak bertuah nih. Ha jangan tak tau sekarang arissa dah pandai nampak bedak dah hulur tapak tangan tu suh letak bedak kat tapak tangan die.. haha Haishh banyak bende yang Arissa belum mama explore lagi nih.. kene banyak masa dengan die lagi nih:)

tq sudi bace. okbai!:)

Isnin, 17 Ogos 2015

Pengalaman Part #2 Anak Kedua

Assalamualikum

  okey ols.. hari tuh dah cerite Pengalaman Part #1 Anak Kedua kan.. so hari nih nak cerita detik2 mase kat dewan bedah! mana yang penah czer mesti tau kan keadaan kat dalam dewan bedah tuh cam ne.. tersangat la sejuk sampai menggigil pale lutu hah.  Start malam lepas Admite Wad doc dah g tau kene puasa jangan makan, kalau nak minum tuk basah tekak sikit bolej aje. tapi kuantiti sikit la. So malam tuh memang tak leh tido wey.. maybe sebab memikirkan esok nak kene bius bagai, memikirkan anak yang bakal lahir nanti. arghhh memang malam tuh susah nak tido sikit, so aku pasang zikir sampai la terlelal ko.. pagi bangun sembahyang subuh than bukak zikir lagi bagi hati nih tenang je. sampai la doc bius datang tuk tandatangan semua. So aku nye slot bahagian pagi.. kul 10.30 cam tuh dah gerak g dewan bedah.
   Buat kali kedua nye aku ke dewan bedah. Tapi kali nih berbeza dengan yang sebelum nih MISCARRIAGE. Sampai je bahagian pertama Bilik Bius. Mase tuh kat atas katil je terbaring doc letak ape tah bagi kaki kite hangat2 gitu.. so doc bius akan datang pada kite bagi tau nama penuh n no ic kite semua. So semua dah Ok baru aku ditolak kat Dewan Bedah. Sampai je sana..mak aiiii ramai gile dokter mase tuh ada 4 doket perempuan dan sorang dokter lelaki. ishh malu la plak kan..+_+ Ok dokter yang akan uruskan pembedahan aku nih die bagi kate2 semangat dan suh kite zikir bebanyak n dipermudahkan sepanjang aku czer nih. Ok doc Bius datang bg tau akan cucuk bius kat bahagian belakang dekat tulang tau sebanyak 2 kali tak silap aku, diorg bius separuh badan jew. masa tuh aku ingat tak la sakit sangat sebab sebelum nih pernah bius kat belakang badan. Hupenye mak datukkkkk sakit Allah je yang tahu. Start je cucuk boleh nangis i ols..ye la korang memang sakit sampai ketulang pegi die.. fuhh so sorang doc nih perasan aku nangis die suh doc yang lain percepatkan czer aku nih. So after bius aku di baring kan dengan keadaan terlentang, tangan dua2 bukak habis. Mase tuh memang sangat2 tak selesa! Aku siap cakap dengan doc lain memang tak selesa dengan keadaan macam nih, so die suh turun kan satu tangan letak kat dada, baru la aku rasa bernapas tau tak.
    Aku ingat kejap je la kan nak kua Baby mase tuh.. ikutkan ada komplikasi masa itu. Aku bledding banyak jugak. Peh tuh dengar doc cakpa nak Vacum! perghhh  masa tuh doa bebanyak semoga anak aku keluar dengan mudah, tak nak buat vacum tuh. mybe sebab tulang badan baby panjang sangat kut..hehe So 4 doc yang handle tuk keluarkan Baby mase tuh die godek2 perut nih. Mase tuh aku mule nak nangis dah sebab risau pape jadi kat naak aku mase tuh. Alhamdulillah dengar jugak tangisan Baby mas etuh.. fuhh lega uols dah dengar anak nangis. So mase tuh tggu gak doc dtg tunjuk anak, tak lama sorang nurse/doc tak pasti tunjuk kat aku kemaluan die dulu die tanya, anak puan permepuan/lelaki?? so confirm Gegurl uols! Syukur Alhamdulillah. Masa tuh dapat cium die Nikmat sungguh ciptaan Allah. Sangat Wangi tau tak! bau syurga..:)
    So dah settel cium anak bagai. Proses nk jahit balik tempat yang diorg belah tuh. memang tak de rasa ape la masa tuh. Dalam hati rasa tak saba nak jumpa anak kat wad nanti! hehe Dah settel semua urusan aku masuk ke Wad balik dengan keadaan separuh badan still ada bius lagi, memang tak boleh nak bergerak la, dengan kepala pening! n satu lagi efek bius yang aku kene tuh MUntah teruk n pening satu kepala! en somi bagi minum milo sikit n roti, tak lama tuh muntah semua. sampai kan iols terpopo kauuuu,... malunye la mase tuh! mas atuh mana nak perasan kau nak terpopo kan sebab bius tak abis lagi kan.. so kepala berpinau2 memang tak boleh nak fokus sesuatu. anak pon masa tuh tak hirau kan sebab memang tak boleh nak fikir pape. mujur Mak yang jaga masa tuh, sebab suami hanya boleh jage hari pertama selepas czer. hari berikutnya mak/adik/kakak perempuan sahaja yang dibenarkan. So mana yang jaga sendiri tuh aku SALUTE kat diorg sebab diorg boleh handle situasi tuh. Sedangkan aku yang pertama nih pon menangis2 mak aku tinggalkan hari kedua. hahaha giler ko tak penah ada anak sebelum nih, menangis2 nak mintak susu, berak lagi kencing die lagi.. masa tuh Allah je tau panik nye aku masa tuh.

So lahir lah Puteri kesayangan kami diberi nama NUR ARISSA MEDINA BINTI ABDULLAH. Berat arissa lahir 2.7kg panjang 59cm. Hari pertama tuh en somi dah azan kan die.dan juga membuat tahnik pada arissa dengan menggunakan madu. Syukur semua nye selamat. Macam biasa la kalau Czer nih duk wad paling cepat pon 3 hari kalau ada masalah memang lama la kat dalam sepital tuh. So waktu yang ditunggu2 balik rumah.. yeayyyy  Orite olss nih cerita serba serbi pengalaman bersalin anak kedua (anak pertama gugur). So mana yang menunggu kelahiran tahun nih. Moga dipermudahkan ea semuanya. Owh lupa tahun ni my BFF Bonda Ekin pon tengah tggu nk bersalin ja nih.. excited nak tggu junior diorg nih.. Arissa n Huysan(anak bff Ain) nak dapat geng tak lama lagi..:)

sekian entry saya kali ini. Terima kasih baca blog saya yang tak seberapa ini..hehe:)

Jumaat, 14 Ogos 2015

Pengalaman Part #1 Bersalin Anak Kedua

Assalamualikum.

   Hey korang, tak sempat hari tuh nak cerita lebih lanjut pasal czer anak kedua nih. Mesti nak tau kan kenapa aku kene czer n kenapa tak boleh bersalin normal? huh ikutkan hati memula sedih jugak kenapa aku tak dibagi peluang untuk bersalin secara normal. kalau ikutkan mase tuh dah 36w. Sebab punca nya aku Opret buang Fibroid, so doc memang tak bagi bersalin normal sebab takut Rahim aku pecah bile meneran nanti. Takut jugak masa diorg explain ri tuh. So satu malam tuh jugak search kat googel pasal bersalin czer nih. So banyak jugak la aku tau sikit2, upenye ramai gak share pengalaman czer diorg eh.. agak memudahkan jugak la bagi aku yang pertama kalinya nih. hehe  So sebelum last apoitment kat Hospital Putrajaya doc dah bagi tau date bersalin 3 minggu awal sebelum due date aku, sepatutnya due date 21.7.2014 tapi die cepatkan jadi 4.7.2014. So memang kene standbay barang2 baby n barang2 momy jugak. hehe
   So hari yang dinantikan sehari sebelum baby nak kua kene masuk wad awal sehari. So pergi Hospital nak chek in Nurse kate tak ada katil lagi. so die suh balik dulu than diorang akan Call kitorg. Tapi memang tak la nak balik kan sebab rumah aku jauh wey kat bagan lalang tuh. So decide dgn husband g jenjalan Alamanda tgk muvi!muahahaha mase tuh tgk citer Transformer.. haha memang lawak betul dah la mase tuh bulan pose. nak berjalan2 penat berjalan sambil nak tggu nurse call lame betul. So dah nak abis cerita tuh boleh plak nurse call suh masuk chek in. dah la ending die best wey! tapi mase tuh cam risau jugak kalau kitorang chek in lambat kene marah.. so cakap dengan husband gerak sekarang ke Hospital terus.. so gudbay ending Transformer..hihi.
Last Pic sebelum bersalin :)

So sempat jugak la sebelum nak kua Alamanda pi singgah beli Kenny Rogers sebab teringin nak makan plak, So rushing2 gerak ke Hospital. Alhamdulilah dapat wad B masa tuh katil yang availble 3 orang(termasuk aku). HUsband teman sampai kul 7pm ja.  Bila husband nak balik perasan aku mase tuh sentap wey. nak menagis depan die! tapi ku tahan kan je lah..hati kene kental babe. hehe so sempat minta maaf dengan die bagai peluk cium semua. suh die doakan aku bersalin nanti dipermudahkan semuanya. Okey korang nanti liya sambung part #2 eh.. banyak betul nak taip nih..hihi k bye!


RAYA #2015

Assalamualikum.

  Hey ols. Lame betul i menyepi kan..hehe eh lupe nk wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN walaupun nak penghujung raye..ahaha Ok raya tahun nih belah suami kat Sekinchan. so kami balik awal sehari sebelum raya sebabnya kene keje la uols, kalau tak khamis tuh pon keje. Nasib la GB sekolah aku baik hati suh aku cuti. Tapi die dah sound awal2 gitu suh masuk keje Isnin. Lol! Ape theme korang wey?? tahun nih decide color Green. So seminggu nak raya baru shopping! bahahaha. Kitorang just cari kat sekitar Shah Alam sahaja. So dapat la baju yang berkenan dihati walaupun tak Blink2..+_+. Tahun ini raya pon tak amik banyak gamba uols..hihi
abaikan kain Arissa tuh :P

Candid!
Sebahagian Familia Blah suami
Haaa kan gua dah cakap gamba tahun  nih memang tak banyak.. haha kitorang kat sekincahan sampai hari Ahad je sebab isnin mak dah keje uols! sadiss betul tau. Tahun depan turn raya umah aku plak. yeayyyyyy mase tuh Arissa dah 2 tahun lagi excited sebab die dah besaq sikit dah boleh control diri die.. haha  k la sampai sini je entry iols. ada rajin sikit i berblogging eh:)

Selasa, 30 Jun 2015

Selamat Tinggal SAMBBST!

Assalamualikum.

    Hey ols lama tak update sini. bz la dengan keje berlambak kat opiz ni n bisnes kecik2 on9 lagi.. hehe Kalau ikutkan hari ni iols last day keje kat Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Sebab hari tuh dah apply etukar. Allhamdulillah rezki dapat bertukar cume sekarang nih surat tak dapat lagi so memang susah la nk g lapor diri ke sekolah baru. Owh lupa nak bagitahu aku dapat tukar ke sekolah SJKC Sepang sebab 20 minit je dengan rumah. yeayyyy tak saba nak g sekolah baru walaupun ku tahu mesti banyak keje kat snaa. Kalau sekarang perjalanan dari rumah ke SAMBBST dekat 1 jam gak la.. So dekat situ dah jimat duit minyak ka... g kijo naik Moto pon senang..haha k la sampai sini ja nak share. ada masa kite sharing lagi eh:)

Jumaat, 27 Mac 2015

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Assalamualikum..

   Hey olss hari nih nak sembang sikit pasal Tajuk atas tuh.. sapa penah pegi sana ek? best tak? ingat nak ngajok arissa dengan ayah nye men air gituuu kat water park die. Nampak cam best jew tau! aku dah search googel tgk waterpark die n servey hotel tuk penginapan kami nanti. So far aku dapat satu bilik kat SURIA APARTMENT BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT. Agak murah jugak la untuk bilik 2 dewasa dan 1 kanak2. RM150 satu malam jek. Dan rezki jugak la pi googel kat GROUPON dapat tiket masuk RM25 dari harga sebenar RM48 so apa lagi cepat2 Grab uolss... hehe arissa memang x dikenakan bayaran. Meh tgk apa yang ada kat Waterpark die..




Okey nampak x view dalam waterpark tuh? bagi aku x de la banyak mana pun..hihihi tapi tggu dan lihat je la ea kalau dah sampai sana nanti.. haha Aku memang ambik tiket untuk masuk WaterPark jew tak nak amik pakej yang skali dengan ECOPARK, Sebab ape aku tak nak amik? sebab buat masa nih Arissa masih kecik lagi than arissa belum boleh berjalan lagi. hihi than aku rasa macam tak cukup masa plak ye lah korang nak mandikan peh tuh kene siap2 masuk bahagian Ecopark mana la sempat kut.

Okey la kut sampai sini ja nk sembang.. nanti kite Update lagi ea part I~ hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...