Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 14 November 2014

Happy 4 mounth Arissa!

Assalamualikum..

    Hey korang lama tak hapdate. pejam celik pejam celik Arissa dah 4 bulan tau sekarang. Tu yang sekarang jarang nak update. ye la dengan keje opis skunk bertengket tengket! dengan jaga arissa lagi. dengan biz beger lagi. warghhh betul2 tak ada masa tau. hari tuh baru chek up arissa 4 bulan, tapi kali tuh tak kene cucuk just chek up berat dan tinggi. berat arissa 6.9kg tau! hahaha berat tak? die punye lengan kaki sume bambam..arghhh geram betul!




nampak tak lengan die tuh auwmmmm geram!



Mama,Ayah&NurArissaMedina
Next Mounth arissa dah 5 bulan, so memang kene cucuk la. fuhh kejap je anak mama nak besar dah. Allhamdulillah allah lengkapkan keluarga kami. Syukur

Rabu, 8 Oktober 2014

WeLcOM mY pRInceSs!:)

Assalamualikum.

   Hey korang..lama gilos tak update sejak bersalin ri tuh!hehe biasa la jaga anak x de masa nk update blog. eh i skunk ols dah jadi MAMA hokey.. tak sangka betul kan?hihi (jangan gelak ea) Aku bersalin awal daripada DUE sebenar 22/7/2014 tapi disebabkan opret buang Fibroid dulu aku tak boleh bersalin Normal tau! hukhuk sedih banget. Alhamdulillah aku bersalin secara czer pada 04.07.2014 keluar la puteri yang kami tungu-tunggu. Kami decide bagi nama anak NUR ARISSA MEDINA BINTI ABDUULAH.  Aku memang suka nama tuh tau.hehe Baby Arissa keluar berat 2.65kg panjang baby 59cm..
tadaaaa my pwincess!!:)
 Pengalaman kluar kan arissa melalui czer okey la tapi  masa nk injit bius tuh perghhh memang ngilu n sakit sesangat tau!habis jew kluar kan arissa terus masuk wad biasa,sampai jew katil tewus tido sbb dah khayal. tak lama lepas tu aku bangun than pening2 serta muntAH! maybe disebabkan dos ubat masa nak czer tuh. huarghhh banyak lagi nak cerita nih tapi keje banyak sangat kat opis nih..so nenanti la iouls cter g eh..

                                        tq kerana view n sudi nak baca Blog usang saya nih..:)

Jumaat, 13 Jun 2014

34 Minggu!!!

Assalamualikum...

    Hey korang.. pejam celik pejam celik kandungan dah masuk 34 minggu (8bulan 2 minggu)! lagi 2 minggu nak masuk 9 bulan dah..haishhhh macam2 rasa ada sekarang hokey. Badan dah start sakit2,perut kerap mengeras,tido pun sesak nafas skunk! nak dekat DUE nih semua rasa kut,tp alhamdulillah kaki dan tangan tak bengkak sangat. so still boleh berjalan dan bawak kerete!hah kau hado?? ahaha.. Hari tuh chekup alhamdulillah Nurse kata kepala baby kat bawah. sebelum nih baby melintang..agak risau jugak kalau kepala baby ke atas ke melintang ke,walaupun nampak cam biasa je tp kalau kene situasi cam tuh,masa nak bersalin nanti kene Czer plak sebab baby songsang..tp kalau boleh tak nak la kan..sapa yang nak kut! Okey kalau ikutkan appoitment dokter klinik sebelum nih..kalau 34 minggu aku dah kene refer Hospital Putrajaya so diorg bagi aku surat untuk refer sana..bile sampai sana just ambik tarikh appoitment dulu..tak silap aku pada 24/6/2014 nih appoitment dengan dokter sana. Fuhhh nak dekat nih perasaan macam2 kut..takut ado teruja ada,tak saba pun ada..tp mintak dipermudahkan la semuanya. Buat masa sekarang kelengkapan baby semua dah siap pack dalam beg untuk bawak g Hospital. Tinggal barang mama die je belum pack!
  Okey aku banyak search kat tenet pasak tanda-tanda nak bersalin nih ..so jum tengok ape yang mak jemah dapat untuk dikongsikan..

Tips : Membezakan Tanda Persalinan Asli dan Kontraksi Palsu

• Berjalanlan. Apabila kontraksi semakin meningkat dengan Ibu berjalan maka segeralah ke dokter. Kontraksi palsu akan menurun dengan pergerakan
• Apakah kontraksi teratur? Tanda persalinan asli ditandai dengan interval kontraksi yang regular. Kontraksi palsu berlangsung singkat (< 45 detik) dan iregular
• Nyeri pada kontraksi palsu didapatkan pada perut bagian bawah. Pada persalinan asli, nyeri dan kontraksi terjadi dari bagian atas rahim menjalar ke seluruh perut.

  Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke 

Khamis, 29 Mei 2014

32 minggu ~8bulan~

Assalamualikum...

    Hey uols... pejam celik kejap jew dah 8 bulan kandungan iols. ada lagi sebulan jew nak melahirkan zuriat kami yang pertama. Perasaan dah mule rasa bedebar,neves,happy,semua lah perasaan yang ada. Aku selalu doa kan dipermudahkan nanti time nak bersalin. Buat masa sekarang pinggang lah paling teruk aku kene. bagai nak patah kut. perut plak makin membesar dalam masa yang sama  tetiba banyak plak rekahan yang ada tau. eeeuuwwww nampak buruk plak! event aku dah letak OIL COCO BUTTER pun still x de perubahan.. dengan gatal nye lagi.. hah tuh yang nak tanye uols memang kalau perut kite makin membesar perut kite makin rasa gatal semacam..rasa nak garu pakai garfu boleh?haha Tapi tak de lah aku nak garu Pakai garfu..beragak la jugakkk hehe

  Preparation baju baby alhamdullilah dah basuh semua dan dah packing dalam beg siap2.. tinggal barang mama die, dan ada barang2 sikit je lagi. Nurse pun kata dah boleh siap prepair baju baby semua. dan jangan lupe bawak buku pink tuh kemana saja walaupun dimana. sangat-sangat penting dari ic katenya..hihi tak sabar pulak nak tunggu baby keluar.

Khamis, 22 Mei 2014

31 MINGGU! ~ Baby Melintang~

Assalamualikum..

        Hey korang... minggu nih dah 31 minggu kandungan iols. Warghhh  perut pun makin membesaq dengan jayanya.. tapi ramai kata perut iols kecik! hehe semalam baru g chekup kandungan so far baby sihat dengan baiknya..dan result yang paling best HB Level aku naik dah dari 10.3 ke 11.3! kalau tak asik turun jew..doc cakap bahaya kalau HB level kite turun..mau nya nanti nak bersalin dah la keluar banyak darah(maybe) ...
Dan risiko kalau HB kurang pun salah satunya, baby kurang berat lahir(kurang 2.5kg), lahir tak cukup bulan, lemas semasa lahir, dan pertumbuhan baby terbantut! warghhh masa dengar tuh sangat-sangat risau tau! Berat pun hanya naik 500g dalam masa 2 minggu. hurmm kire okey la tuh kan? So semalam hanya buat Chekup Antenantal Clinic dengan Nurse.. sebab 2 minggu lepas dah jumpe doc. Nurse banyak buat penerangan pasal tanda bersalin la,persiapan baby la n macam2 lagi.. banyak manfaat jugak mendengar nye. So die pun ada buat scan untuk dengar denyutan jantung baby. aku tak nampak sangat berapa kelajuan degupan jantung baby..tengok kat buku nih macam 143 kelajuan degupan die..tap tak sure plak. Sekarang nih Asik tengok perut jew sebab nak tengok die kick! kalau die kick feeling korang mesti rasa lain sangat tau, sebak pun ade! happy pun ea tau.. lagi2 kalau die kick tuh berombak-ombak ..hihi Encik somi kalau dapat tengok baby kick muke die terus jadi lain..nampak terkejut sangat! haha dah tentu la die teruja sampai usap2 perut cakap dengan anak die 'ayah tak saba nak tunggu kamu keluar'! aduhhh bile iols dengar en suami cakap cam tuh, sebak jew rasa nak nangis kut!
       Start dah masuk 31 minggu nih perut kuat mengeras,risau jugak! kekadang kite yang tak selesa nak duduk x selesa nak berdiri x selasa,nak tido lagi laaaaa.. sampai cakap dengan baby 'jangan dok mengeras ea sayang,kesian kat mama k' hehe.. Bila Nurse cek perut semalam die try nak cari kepala baby,die pun dok pegang2 bahagian bawah,skali die kata kenapa tak rasa eh.. so die panggil sorang lagi nurse untuk pastikan kepala baby tuh..sekali die kata kepala baby blah kanan means baby melintang la sekarang nih..patut la rasa perut nih belah kanan macam besar sikit kalau die tendang pun slalu blah kiri rasa teramat sangat. Now makin aktif die kick dan mengeras kut. at least aku tak lah risau sangat kan dari baby tak gerak langsung lagi buat aku risau tahap pengsan.

Okey nampak tak iols skunk dah buat Carta Pergerakan baby setiap hari start 28 minggu sampai la nak bersalin nanti. itu adalah bende yang wajib kene buat masa 28 minggu keatas untuk tau pergerakan anak setiap hari setiap masa setiap jam!haha doc saraan kalau baby tak gerak dalam masa 12 jam die suh g hospital terus kalau tak pun misal kata kalau malam sehingga ke pagi baby tak gerak pun kene terus refer hospital takut pape jadi kat baby. Nurse hari tu pun ada cakap aku nih bile2 jew boleh bersalin tapi baby pra matang la kalau keluar sekarang..tapi kalau boleh die keluar la ikut DUE sebenarnya. Korang doakan hokey semua dipermudahkan.


Isnin, 19 Mei 2014

Gender Baby?

Assalamualikum..

  Hey bLoger2 semua... hari nih titew just nak share pasal gender baby titew hah! hari tuh nak tggu klinik goment scan lambat sangat so liya decide g scan kat swasta nak buat 4d tapi baby tak nak tunjuk muka plak.. 2 kali iols buat 4d memang baby tak nak tunjuk muke die.. hukhuk sedih jap! tapi doc buat 3d jew sebab 4d tak nampak muke baby so doc scan ukuran kepala baby,berat baby,tulang baby,jari baby dan semua lah. So doc ada tanya nak tau gender baby tau... so aku pun mesti la kate "nakkkkkkk" hehe so bila doc scan mencari gender die..doc nampak baby girl. warghhh masa tuh happy uolsss. memang idam nak baby girl,tapi kalau kua baby boy pun tak kisah janji baby selamat. So tak lama tu memang ada apoitment dengan klinik goment time tuh doc nak buat scan.. so dapat jugak la scan kat goment last die scan punya scan nampak gender baby boy! hahhhhh??? mula dah tepinga2 jap. Sebab nya iols dah beli baju pink2 sikit...haha ye la bile doc swasta kata baby girl liya dah semangat nak cari baju die.. so now memang stop cari baju pink2 nih.. titew beli baju color putih jew semua!hihi.. So skunk nih malas nak pikir gender die tak kisah pun.. janji baby keluar dengan selamatnya.Amin So tggu je la baby kua 22/7 nih ea uolss..hihi

Rabu, 7 Mei 2014

TRIMESTER 3 - 29 MINGGU

Assalamualikum..

   Hari nih genap 29 minggu 1 hari,kejap ja rasanya:) Tapi dalam masa yang sama hati pun berdebar2 tau! keadaan sekarang macam biasa jew la tak ade perubahan yang ketara sangat cuma aku terasa sakit kat ulu hati(maybe kut) aku pun tak pasti sebabnya bahagian atas perut aku nih sakit kekadang tuh. kalau ditekan lagi la skait.. aku cuba tanya orang-orang yang disekeliling aku diorg kata itu adalah normal sebab baby menekan perut kite. tapi tak sure la pula kan. Hari isnin lepas baru pergi klinik untuk timbang berat dan chek urin. naik 500gm hanya untuk seminggu! haha berat jugak nih tak sampai 1 bulan mau naik 3-4kg kut! so kebetulan dokter scan perut aku pun ade lah tanya dokter pasal gender baby.. tapi cara die tengok tuh aku cam 50-50 plak sebab nye dokter tuh bukan dokter yang slalu ade kat situ,biasa nye die dokter pesakit luar. so agak kecewa jugak la tak dapat secara tepat pasai gender anak mama ni.
    Sebelum nih aku ada buat scan Swasta untuk 4d. tapi malang nye 2 kali aku try buat 4d baby tak nak tayang muka pulak sebab hanya nampak air ketuban/uri kut masa scan tuh yang nampak..so dokter hanya buat scan 3d sahaja. Masa tuh die tengok keadaan baby sihat air ketuban sume cukup,berat baby naik sikit,jari baby sume cukup..... dan gender tuh yang penting tuh..hihi dokter tuh cakap its a baby girllllll! masa tuh happy sangat sebab memang nak sangat baby girl, tapi bile ke klinik kesihatan gov salak sebaliknya plak dokter tuh scan baby boy plak.hurmmm tak pe la tak kisah la keluar mana-mana pun tak pe janji anak mama sihat,dan senang nak bersalin nanti.hihi
    Perut sekarang dah mula mengeras-ngeras mungkin sebab baby mengliat kut..hihi penah sekali tuh masa tengah duduk tuh perasan baby tengah bergerak2..alahai comelnyeeee! makin aktif die kick mama die nih. cume hari ahad malam lepas sepatutnya baby gerak aktif malam tuh tapi tak berapa nak aktif bergerak..so risau jugak la, cakap dengan husband baby tak gerak die pun dah mula risau jew sampai la mata nih tak boleh nak lelap. pagi esok tuh terus g klinik tuk tau perkembangan baby..so bile dokter scan tengok abby dalam keadaan baik heartbed die still ada,syukur alhamdulillah! lepas jumpa dokter bukan main lagi anak mama tendang2.hais aktif balik!haha so now dokter suh tick untuk CARTA PERGERAKAN JANIN di buku Pink. huramm kat anye dah 28 minggu sepatutnya dah boleh buat pengiraan tuh. so hari2 la mak jemah membawa buku pink nih kemana sahaja. Okey la liya akan update untuk minggu berikutnye k..so stay tuned wit blog iols..:)

Rabu, 30 April 2014

Stroller pilihan hati ku!

Assalamualikum...

   Hey korang sapa2 sini yang giler stroller baby yang comel2!! sejak sejak nak jadi mom to be nih suke betul tengok stroller baby nih..ade jugak la list yang aku berkenan antaranya jenama Quinny,Halford,!!! sume desgin diorng awesomeee... jum cuci2 mata sat.:)

quinny brand
quinny brand
Quinny brand
Quinny Brand
Halford Brand

Halford Brand
Halford Brand

Trimester 3 - Minggu ke-28

Assalamualikum..
   Alhamdulillah sekarang iols dah masuk 7 bulan. Rasa sekejap je tau! lagi 2 bulan je anak mama nak keluar... fuhhh perasaan? neves ada happy ada sume perasaan ada tau! hari tuh chekup dengan dokter kat klinik kesihatan salak berat badan naik 1.5kg! whatttt? haishhhh korang rasa berat tuh normal ke tau cam ne eh? lepas jew doc tau berat badan naik die nak suh minum air gula tapi tak yah pulak sebab sejarah family tak ade kencing manis, so sekarang ni seminggu 2 kali kene datang klinik untuk chek berat badan, dan urine. adoi kan dah satu keje nak kene pergi klinik seminggu 2 kali lepas tuh sekarang pun doc dah set appoitment sebulan 2 kali sebab dah masuk 28 minggu.. kalau tak sebelum nih sebulan sekali jew.
  Sekarang nih tido pun dah tak macam dulu boleh santak lama kut..hihi now memang dah tak selesa sikit sebab perut makin membesar,pernafasan macam tersekat2 pas tuh dengan sakit pinggang belakang yang rasa macam nak tercabut tau. Hari2 mintak suami urutkan pinggang belakang(masa nih la rasa macam bertambah disayangi dan dihargai) keadaan posisi tido pulak aku lagi selesa telentang dari mengiring ke kiri tau kanan, tak tau la sebab ape tapi yang aku dengar orang kata tak elok tido terlentang. Tapi dah itu yang buat aku selesa kan, tapi kekadang tu mengiring kekanan dan kiri jugak. pergerakan baby kat dalam pun semakin aktif, selalu kick mama die, masa nak masuk 5 bulan ri tuh die macam jentik2 jew tapi dah masuk 6 bulan die punye kick terasa sangat tau sampai en suami teruja tengok. Kekadang bile die kick cepat2 perhatikan perut nih kekadang tuh tersentap kejap(menangis) sebab anugerah allah yang tak ternilai satu nadi yang berada dalam rahim ku ini hidup bernafas.
   Keadaan badan aku sekang cume perut jew la membesar yang lain aku rasa cam tak jew..hihi tapi syukur alhamdulillah kaki dan tangan tak membengkak. Kebanyakan yang sama mengandung dengan aku diorang sume kene bengkak2 aku pun tak tau kenapa. Part yang awesome nye aku still larat lagi tolong teman en suami niaga buger tau.haha cuma sekarang nih kalau berjalan windo shopping ke mesti tak larat berjalan sangat sebab makin berat kan membawak. 15 minit berjalan duduk kejap pas tuh jalan balik..hehe kesian kat en suami la kene ikut kerenah isteri die yang tengah memboyot nih.
    Persiapan pun aku kira dah 50% la baru beli sikit2.. aku pun tak de la memborong baju banyak2 sebab babi lagi kan die pakai sekejap jew pas tuh die makin membesar so kene cari baju yang lagi besar sikit. Tapi sapa yang tak stress bile pergi tempat baju kanak2 jew mesti dah macam histeria tengok baju baby yang alahaiii comel sangat wey! memang aku mengaku la sekarang nih setiap g jalan mesti nak singgah tempat baby sebabnya baju diorg cute sangat kut dengan bau baby yang fuhhhhhh i loikeee:) Aku sekarang cari yang basic jew untuk baby iols nanti. Stroller pun maybe tak beli dulu sebab takut jugak kang anak iols tak nak duduk dalam stroller cam ne? dah la mahai stroller yang diidamkan tuh..haha

Rabu, 23 April 2014

Pergerakan Baby 27 minggu

Assalamualikum..

       Hari nih kalau ikutkan genap 27 minggu 1 hari. Tadi baru jew chekup kat klinik kesihatan salak untuk scan perkembangan baby. Tapi baby berat n mama die pun berat dah naik!huarggggg sekarang berat baby dh 911g..korang rase baby aku nih besar ke ek??? adui now dokter suruh pergi klinik chekup berat dan darah seminggu 2 kali, dan sekarang appoitment pun sebulan 2 kali sebabnya dah nak masuk 28 minggu.. haishhhh leceh jugak kan kalau berat badan naik mendadak nih:(
      Sekarang nih aku rasa dah mula badan dah makin berat, perut makin membesar dan yang paling mengembirakan anak mama dah pandai kick kuat2 kat perut nih! haha tapi alhamdulillah sekarang nih tak ade bengkak2 dibahagian kaki dan tangan cuma kekadang tuh time tido kaki kejang sikit . Tapi Syukur sangat walaupun aku slalu tolong en suami niaga beger waktu malam. Orang kata sepatutnya waktu2 nih aku duduk rumah berehat tapi aku nih jenis tak leh duduk diam, sO dari tak ade ape buat kat rumah apa salahnya tolong en suami kan.
     Setiap kali baby gerak cepat2 panggil en suami tengok dan rasa anak die kick. hehe teruja betui kut! ye la first time kan. en suami dok perhati kan perut je nak tengok! Tapi dalam masa yang sama pergerakan tuh kekadang tak selesa sangat sebab time bile kite tengah rilex jew tetiba die kick tersentak sekejap la.hihi Okey next appoitment nih 7/5 nih.. harap2 suma dipermudahkan. korang sume doakan ea kite dalam keadaan yang sihat dan anak k:)

Khamis, 10 April 2014

Pergerakan Baby 25 Minggu

Assalamualikum..

  Okey hari nih genap 25 minggu 1 hari anak mama kat dalam perut nih. Sekarang dah terasa sangat baby menandang tau! pengalaman yang sangat sangat awesome... Ada masa baby akan menendang perut lebih kurang 1-2 minit jew pas tuh die rilex dulu..kekadang time duduk senyap mesti leh perasan perut kite tuh berombak ombak tau. fuhhh masa tuh tak yah cakap la happy sampai nak nangis.. sada sekali  nak rakam video tau tapi bile nak nak rakam baby tak nak plak gerak..nakal tau!hehe So cakap dengan en somi baby dah start tendang tendang en somi punye teruja cepat cepat tengok perut..haishhh time ayah die nak tengok baby x nak kick pulak..tapi skunk pagi2 mesti en somi tengok perut borak dengan baby dan sebelum g keje cium perut dulu! warghhh best betui..hihi
   Tapi kan kenapa start berapa hari nih perut nih macam keracunan makanan jew..risau gak,perut nih cam pedih jew! sebab sebelum nih pagi PAGI makan nasi lemak, kalau tak pun jenis lauk yang pedas sikit! so aku agak risau jugak la kut2 itu punca nye. huarghhhh so skunk nih kene jaga pemakanan gak nih.:(

Selasa, 8 April 2014

Bezday Ayah To b..

Assalamualikum..

    Sepatutnye nak update semalam tapi disebabkan bz tolong en suami niaga buger so alamatnye sampai lupe dah..hihi Okey tahun nih tak sempat nak supries en somi sangat sebabnya kesuntukan masa dengan masa sekarang nih en suami bz bukak stall burger dengan kerja opis aku yang banyak..warghhhh stress iols! tapi sempat jugak la beli Voucher Kenny Rogers MidValley untuk bezday en somi. So semalam ajak jugak die pegi Sana sebab nak jugak sambut bezday die.. nasib tahun nih en somi tak ngade2 majuk pasai bezday die..haha Okey sampai sana bende wajib yang harus singgah pi dalam Jusco die ada jual Misai Sotong! perghhh wa cakap uols memang terbaik kut. Harus cube hokey. So sampai Kenny Rogers oder last nye tak habis pun sebab nye en somi nih bukan kaki makan ayam. Aduiiii nasib Voucher tuh murah dari harga sebenar. Lepas makan cakap dengan en somi nanti nak singgah Jusco nak g cari barang baby sikit, so dapat la beli 2 3 pasang baju yang comel2 hendaknye. Sumpah sekarang kalau masuk je tempat bahagian baby mesti meroyan kaw2! hahaha sebabnya baju diorg comel sangat dengan bau baby lagi, ya allah sangat best tau. Tapi tak sempat pun nk snap baju baby yang iols beli, biar jew simpan dalam almari nanti dah nak dekat DUE baru titew snap. warghhh tak saba nih, Now Jum layan gambar sat..

Misai Sotong yang awesome!!



muke bezday boy..hihi (airbag sebakul)
Iklan gigi sat..hehe

So memang tak de ape yang supries sangat..hehe sebabnya iols dah g tau tahun nih hadiah dah bagi  "nih baby dalam perut nih" so en somi mampu senyum kambing jew..hehe

Tetapiiiiiii iols bagi jugak la present kat en somi tau. kesian die walaupun tak kisah tahun nih tak supries mana pun...hehe Jadi hanya itu saja yang mampu si isteri bagi.. haha  dapat jew senyum sampai ketelinga uols.haishhhh Okey gambar iols tuh kat dalam Washroom Jusco Midvalley.. memang tempat die bersih dan tempat die sangat2 seleso. Tempat Penyusuan ibu yang agak selesa dan tandas untuk anak kecil lagi la comel..sampai kan aku rasa nak ade sebijik cam tuh kat dalam rumah! korang leh try Washroom kat sane k tengok keselesaan nye.

Khamis, 27 Mac 2014

First Time Scan 4d

Assalamualikum.

   Helo uolss... tak sempat nk update pasai buat scan 4d ri tuh! hehe 2 minggu lepas hari Isnin ri tuh sempat singgah Klinik Marsya kat Salak Lama Nilai, memang niat nk buat 4d nk tengok baby kat dalam perut mama die nih, sebabnya last scan pun masa 5 minggu tuh pun x nampak ape..hihi so memang excited la memula kan nk g scan. Sampai Klinik Marsya tuh pukul 8 lebih dah terpacak kat sana (excited bebenor), sementara nak tunggu giliran pi kedai Mamak deret Klinik tuh pekena roti canai dengan milo ais!! fuhhh memang sodap huii...hihi Dah setel makan kami masuk balik klinik kebetulan tak sampai 10 minit nama iols dipanggil,hati makin berdebar nih..masuk je duduk than cam biasa la dokter akan tanya kandunganberapa bulan la anak keberapa la n bla bla bla.. so finaly dah abis sesi soal jawab bersama dokter die suh baring untuk Scan perut! pergh apa lagi laju2 iols baring n setting apa yang patut!hahaha Bila first die Scan memula guna 2d kut not sure la plak macam scan kat klinik kesihatan kerajaan tuh...Nampak hitam putih jew memula! So nampak la baby kat dalam tuh tapi tak berapa clear sangat, tak tau sebab kenapa, Bile dokter dah scan gune 2d tuh die try buat 4d tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii arghhhh sedih sebabnya tak nampak lagi!!! nampak kabur2 jew..baby tak pandang depan pong masa dokter scan tuh.. (malu agaknye anak mama nih) so banyak kali jugak la dokter cuba nak scan 4d untuk puas kan hati aku yang sodih nih, tapi memang tak nampak clear pun just nampak kabur2! last nye die just chek cam biasa la ukuran baby,berat baby dan Gender baby!! hah tapi yang suprise nye... jeng jeng jeng!! Doketr said my gender baby girl..auwww sangat awesome hokey. Sebelum nih ramai kata aku akan dapat baby Boy, tapi aku tak la percaya 100% sangat kut2 nati masa keluar baby girl plak kan. En suami dah buat muke pelik die dah macam tak percaya dokter cakap gender aku adalah baby girl sebab die memang nak sangat anak Lelaki uols. tapi hahahaha aku nak gelak aje lah. Tapi buat masa skunk aku nak percaya 100% pun tak lagi nih sebab nye tak dapat tgk secara jelas guna 4d. kalau tak dah lama prepair beli barang. Now hanya beli yang unisex jew sementara nih. Hokey jum layan gamba bawah nih yang dapat masa scan hari tuh...




Okey nampak tak dalam gambar tuh? aku nih tak berapa pandai la nak tengok kat scam tuh cume dokter jew tau bahagian2 tuh sume.. yang aku nampk kepala baby n tulang blakang die..hihi Masa dokter scan tuh aku nampak tangan die kepala die..Ya allah happy tak terkata uols.. Dokter cakap lagi baby sihat sume ,berat die baru 450g  alahai keciknye anak mama nih tau! tp Alhamdulillah dokter kate baby sihat dah bersyukur sangat..Amin

Rabu, 5 Mac 2014

GILE PLAY DOH!

Assalamualikum..

    Hey korang!! sihat ka? hari nih tetiba aku nk sharing giler nye pengaruh aku pada play doh! ya allah aku rasa awesome giler wey tengok diorg main bende tuht kat youtube... dari dulu nak beli bende tuh tapi bile masuk kat toy r us dengan en suami kompem die kate membazir dan macam Budak-budak! hahaha tah la aku memang intersting giler bende tuh.. jum tengok sikit video die..


Okey aku teruja bende nih!!!!!  haha pelik sungguh kan perangai aku time pregg nih...

Rabu, 19 Februari 2014

LOYA MAKIN TERUK!

Assalamualikum....


     Kenapa lah hari ini ku rasa sangat sangat tak ada mood! dengan budak opis aku cuti nye tinggal la aku sorang buat kije. Tapi kebetulan plak hari nih asik muntah jew! kenapakah....sedeyyyy:( Mungkin aku tak makan pagi kut,sebabnya tak sempat uols ialah dengan budak opis tak cukup nye hari nih,dah aku kene buat keje semua..poning den bertinkek tingkek.. Aku rasa nk menangis dah nih asik muntah jew dari tadi. Risau jugak pada kandungan aku. Nak kata aku salah makan ubat, tak ade plak! huarghhhhhhhh... help help help?!

Isnin, 17 Februari 2014

STRECH MARKS

Assalamualikum..

     Okey Ikut entry kali nih aku nk tulis pasal Strech Mark! Baru baru nih aku pergi Watson mencari COCOA BUTTER FORMULA: SKIN THERAPY OIL untuk mengcegah perut ku di serang Strech Marks..hehe kalau ikutkan sebelum nih aku penah gugur tak de la strech mark yang hado just yang hado pun kat pehe. So bila dah start masuk 4 bulan nih aku kene rajin la sapu oil nih di tempat yang sepatutnye seperti di bahagian perut,dan peha (jangan risau coca butter formula oil selamat digunakan) sekarang nih rajin uols lepas mandi jew mesti sapu oil tuh sambil usap2 perut cakap dengan baby..hehe. Tak Berminyak ke? hoiii opcos la berminyak nama pun OIL kan? tapi bagi aku selesa jew tak da la berminyak sangat bau die pun best. So aku beli pun dengan saiz yang kecik tak sampai pon RM10 kut. Banyak jugak yang aku search kat tenet dan di kedai-kedai yang menjual Lotion/Minyak untuk strech Mark nih, Tapi setelah aku research aku memilih COCA BUTTER FORMULA OIL nih...


So far aku baru pakai 3 hari so tak adalah nampak perubahan kan..hehe kalau rajin sampai bersalin still pakai lagi,i.allah mungkin Strech Mark tak ade. Hope So..:)

Jumaat, 14 Februari 2014

Owh Rendang Ayam!

Assalamualikum...

     Semalam baby teringin nak makan Rendang Ayam dan Nasi Impit dari hasil masakan air tangan mama die... bile dipikirkan rasa cam leceh jew nak cari bahan dan nak masak lagi! tapi tah kenapa terasa baby nih nak makan dengan hasil tangan mama die sendiri.hehe So balik keje terus pergi pasar malam blakang rumah mencari bahan2 untuk masak rendang. Tapi kebetulan plak mak jemah tak sempat nk snap gambar bahan2 nye... cume sempat snap rendang yang telah SIAP!muahahaha  so lets chekout bahan2 resepi masak RENDANG AYAM:

Bahan A:-
1/2 Ekor Ayam
1 Cawan Kotak Kecik
1 Sudu Kerisik 
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1keping asam 
 Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
2 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (Dihiris Halus)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
8 tangkai cili kering
5 biji cili api
Maaf gambar tak quality sebab pakai hp cap hayam!haha
Cara Masak :
1. Memula korang basuh ayam tuh buang la ape yang patut dan kalau korang tak nak bagi ayam tuh bau korang leh letak tepung gandum untuk bagi hilang kan bau die, so lepas tuh korang basuh balik ayam tuh sampai bersih.
2. Bagi Bahan B tuh korang kene kisar/blend semua nya lepas tuh bahan tuh korang leh terus masukan ke dalam kuali bersama santan dan ayam tadi(jangan masukan kerisik,daun kunyit dan garam dahulu). Masak sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
3. Selepas itu masukan daun kunyit, kerisik dan garam sekali dan kacaukan sehingga rata. dan sesuaikan rasa nya okey! Tggu sehinggga kuah menjadi pekat (saya jenis suka yang berkuah jadi saya lebihkan air sedikit) dan taraaaaaa DAH SIAP! 

So resepi aku simple dan buat pengetahuan korang ini adalah masakan rendang pertama tau yang aku buat! hahaha akhirnya alhamdulillah menjadi, Suami pun suka(sampai licin hingga menjilat jari tau) dan baby pun suke hokey!hehe

Khamis, 13 Februari 2014

KePerlUAn IBu dan AnAk kETIKA hAMIL dAn BerSalin

Assalamualikum...

        Pagi-pagi ini rasa semangat nk share kat uolsss pasal keperluan Ibu dan anak ketika hamil dan bersalin. Setiap hari aku Googel tenet mencari maklumat ibu hamil nih...apa yang perlu dibuat ketika kandungan membesar, apa yang perlu dimakan ketika hamil nih, than yang paling penting aku suka search pasal Penyususan Ibu selepas kite bersalin. Aku memang teruja sangat tau sebab aku harap untuk anak sulung nih aku nak anak aku Full Breast Feding. lagi pun bagus kan? Orang cakap kita nak beli nih beli sikit demi sikit macam kita nak kawin dulu2 tuh..hehe nak beli hantaran dah prepair 1 tahun kut!haha tapi aku nih tak la teruja sangat awal2 nak pegi beli barangan baby ialah sebabnya kandungan aku baru lagi, usia kandungan aku sekarang 17 minggu 2hri (4bulan) dah. Teringat aku masa kandungan yang lepas(keguguran) aku Bledding teruk dan kene admite Ward 2 minggu, masa tu kandungan aku genap 4 bulan die pergi meninggalkan aku dan suami. Masa tuh memang sedih sangat kut... Okey berbalik Point cerita aku sebenarnya nak sahre sikit la jugak apa Checklist yang aku ada dan aku googel kat tenet nih sebagai rujukan aku masa akan datang nanti.

~Barangan ketika Mengandung~

Okey aku start beli barang untuk ibu mengandung pun start kandungan nk masuk 3 bulan sebabnya perut aku makin membesar. Tapi tak semua la aku beli lagi, just sekarang aku beli yang penting adalah New Panties&Bra.sebabnya korang pun tau kan saiz badan kite makin berkembang kembang 2 kali ganda tau.jadi memang memerlukan bende tuh.hihi Okey aku dh Cheklist kan barangan yang perlu beli atau ada ketika ibu mengandung...

1. Jubah
2. Seluar Mengandung
3. Panties/ Bra
4. Blouse Mengandung

~BARANGAN IBU KE HOSPITAL~

Okey ini aku tak berapa fasih sangat tapi aku servey2 googel kat tenet cari barang keperluan nih.. bende nih sangat penting bagi aku sebabnya ialah Persiapan nih untuk anak Sulung,banyak bende aku tak tau dan aku perlu ambik tahu! Kebiasaanya dari pengalaman dari kawan2 yang lain diorang start beli barang bayi pun start kandungan diorang dah 7 bulan. Masa tuh jangan pulak la rambang mata semua nye nak di beli nye. Beli mana yang penting jew untuk baby yang baru lahir, selepas tuh kau balun jew la beli baju2 yang comei2 tuh..hihi So ini hasil yang aku dapat Cheklist YANG PERLU okeyyy..:)

Kad Lawatan Hospital- (sangat penting&wajib bawak dimana saja kite berada waktu pregnent)
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Panties (5helai)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)


~BERPANTANG UNTUK IBU~

Sebut berpantang..warghh banyak bende jugak kene ikut pantang larang orang tua2 nih..memang kene betul2 pantang kalau tak nanti BENTAN susah plak. Ialah badan korang kan, jangan menyesal kemudian hari nanti. Adalah cerita seorang kawan kepada kawan pasal die bentan lepas berpantang, sewam jugak aku dengornye.. masa die berpantang dalam 2 minggu kut die dah tak pakai stokin,dah boleh berjalan2,minum ais lagi..perghhh memang Otai gak la... tapi tau tak korang efek nye masa bile?  lebih kurang dah nak masuk setahun baru die rasa demam,badan seram sejuk, pinggang belakang sakit2,sendi sakit2! hah last nye tak silap aku die kenen berpantang bali selama 44 hari macam orang lepas bersalin tuh, baru la kesihatan dan badan die okey. Okey berbalik Point cerita aku nih aku ada Cheklist untuk barang keperluan semasa ibu berpantang :

Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut

Selasa, 11 Februari 2014

Holiday Port Dickson

Assalamualikum..

    Hey uols.. sabtu lepas baru lepas Holiday bbq bersama kawan2 kesayangan hamba. Seronok gituw,ye la mana taknye lama tak buat event nih tak silap buat masa tuh aku belum tunang lagi kut. Masa nih la dapat bersama mereka suma,meluangkan masa bersama,mengeratkan hubungan sesama kami. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan kawan2 yang baik,penyayang dan HavoC!haha
    Okey berbalik cerita aku td.. aku yang rancang nk buat Bbq bersama diorang masa Raya Cina ri tu,tapi disebabkan yang lain sume ade hal terpaksa la tunda ke minggu depan nya, Aku decide nak tido satu malam
kat Corus Paradise Resort. Aku sewa Apartment 3 bilik RM380 untuk satu malam. Agak okey jugak la tapi cuma kami dapat rumah tu betul2 penghujung. Nampak sewam pun ado uols.hihi 
Jadi sebelum kami Chek in aku bincang dengan diorang kami nk buat BBQ tuh sebelum chek in,sebabnya takut masa yang tak ade,ye la kalau buat malam dah tentu masa tuh sekejap bile lak nak abiskan makanan yang kami ade tuh(macam banyak sangat), dan sebab lain jugak tak ade masa nk berborak panjang. 
    Kami siap-siap pagi kul gerak dalam 8.30 cam tuh sampai PD pon awal lebih kurang pukul 10 pagi. Bukan main awal kami sampai kut. Sampai nya kami ke sana terus pacak Khemah(tak tau function nya untuk apa) dan prepair barangan BBQ, Menu kami adalah... jeng jeng jeng.....
                                   *

                                   *

                                   *

                                   *

                                   *
Menu kami yang korang tengok tuh la.. agak awesome jugak la,semua febret kami ada dalam tuh,cuma tak ada gamba Daging Lembu jek( Beef Slice). Tapi sumpah uolas Beef Slice tuh potong nipis2 dan kite grill kan die perghhhhh memang terbaik kut! tambah plak dengan SOS BBQ yang Elda beli kat Store Ramli Buger kat Bukit Tinggi Klang. Ayam pun kami tak beli banyak, just 1 ekor pun dah agak banyak untuk kami 8 orang. Kerang tuh ce korang tgk dibeli nya sampai 3 kilo tau! Ade ikan keli tau(pebret ikin) sedap jugak tau bile ikan keli tuh di Grill macam tuh jew. Sotong!! okey febret gua tuh.. memang Wajib setiap kali kalau aku makan kat kedai Ikan bakar atau BBQ sendiri kat rumah mesti wajib ade Sotong k. Lagi kalau Di Grill..ya allah sumpah sedap sehingga tahap kritikal..haha dan
makanan yang lain untuk tambahan kami beli Sayuran seperti Brokoli, Carrot, Jagung dan juga Menu Wajib kalau dalam BBQ adalah HOTDOG! tp kami tak sempat nk grill Hotdog tuh sebab makanan dah banyak sangat takut tak habis, so kami decide nk masak Hotdog tuh untuk Brekfast esok.(kan dah jimat disitu). So skunk malas nk taip panjang lebaq korang tgk la gamba2 giler kami yang sempat aku amik nih...

Kitorang pasang pun tak tau function khemah ni tuk ape?haha
Orang kuat untuk preparation BBQ

tadaaaaa inilah hasilnya yang dah siap kami panggang!

Bersungguh mak jemah Grill Sotong tuh!:)

Okey Gamba kami suma dapat

Jagung bakar yang Awesome

Jangan tiru AKsi ini!
Okey dah cuci mata dah? hah itu je la yang aku sempat amik.kehkeh Memang kali nih seronok sangat sebab sume Bff ku ada. Cuma masa la kalau dapat 3hari 2 malam lagi best kut. Owh lupe plak selepas kami Chek out tak kan nak balik umah dah kan? so kami decide nak jenjalan kat Teluk Kemang sekejap. Ya Allah memang terasa nk terjun kat dalam air laut tuh..(tak sempat amik gamba) Air die berombak sangat awesome. So bila kami sampai sana kami cari makanan untuk Lunch. Hurm boleh jugak la makanan kat sana, Yang lain teringin nak Minum Coconut Shake,so cari la stau kedai nih nampak gaya memang ramai yang beli kat kedai die,tp mahai sikit la die jual. Aku tak beli pun sebab tekak tak nak terima plak masa tuh.hihi 




Seronok Trip Untuk kali ini. Insyallah ada rezki kami plan nk buat macam nih tapi nak g jauh sikit..hahaha


Jumaat, 7 Februari 2014

Mom To bE ~2nd Trimester

Assalamualikum..

     Alhamdulillah sekejap dah masuk 4 bulan (16w 3d) kire dah masuk 2nd trimester la kan... Agak teruja jugak la kali ini..huhu Sekarang nih teras perut makin membesar,mengeras yang lagi tak tahan tuh rasa senak jew tang ulu hati nih. memang macam tuh ke ek? dan sekarang pon aku dah rasa pernafasan aku makin pendek tau tak... tp mungkin sebab anak mama nk membesar kut!:) Tapi sejak-sejak ni setiap malam aku terasa bahang sangat mesti sebelum nk tido mandi dulu tak kira lah masa tuh kul 11-12 malam! kalau boleh nk berendam dalam ais batu kut..hihi tapi tak tau la sampai bile..orang kata kalau kite nih suka mandi malam boleh dijangkiti paru2 berair? betul kaaaaa?
      PERASAAN Mual/Loya/Muntah? 
hurmm alhamdullilah aku dah tak rasa sangat dah nk masuk 2nd trimester nih. Makan pun dah okey la tapi tak adalah mengidam yang pelik2 nih tak ade,alhamdulillah jugak la. kalau tak menangis suami aku nk pergi cari...hehe 

 PERASAAN Alahan?
Alahan buat masa nih adalah JERAWAT!!! sangat sedih uols tengok jerawat yang penuh dan besaq2 tumbuh dimuke ku ini. Masa tu aku ingat pregnent kali kedua nih(pregnent pertama gugur) tak ade lah satu jerawatn pun yang tumbuh..tetapiiiiii jeng jeng jeng die tumbuh skali banyak dah bukan sebijik 2 bijik tapi die tumbuh macam bisul kut..tak tau la kenapa jadi cam tuh, ramai orang kate itu pembawakan budak..hurmm redho jew la uols.

      Baru-baru nih g chekup kat klinik salak berat badan naik 1.4kg jew tuk 1 bulan...adakah normal ek? Dokter pun sarankan aku minum susu sekarang nih..tapi tah la bila aku nak minum susu compem tekak rasa lain..memang tak leh nk telan air susu tuh..aku siap try beli jenama MAMIL tau tak..dah la mahai! tapi masa tuh pikir nak bagi yang terbaik untuk anak mama so beli jugak la..

                      



Hah kalau korang nak tau aku tak makan ubat Obimim klinik tuh sebab aku tak tahan sangat bau ubat tuh..sampai nk muntah kut bau die.. sekarang nih aku gantikan obimim dengan B-Complex dari Shaklee bau die kurang sikit la dr ubat klinik..hihi Dan aku nih dah la kekurangan darah dan vitamin.. so aku pun try Vita-C dari Shaklee. Okey kut aku try produk diorg! sebelum pregnent pun aku try GLA Complex untuk mencegah Fibroid tak aktif..memang terbukti jugak la sampai la nih bile scan fibroid x de dah..yeahhhhh..
       Aku harap kandungan aku kali nih sihat hendaknye sampai la Due aku bersalin.Korang sume doakan ea.:) ade masa kite story mory k...see ya uolsss 

Khamis, 6 Februari 2014

KEPUTIHAN KETIKA HAMIL!

Assalamualikum..

     Hari ini baru rasa free sikit..kalau tak keje den bertengkek tengkek tau tak! Okey lately nih aku kene keputihan yang orang kate boleh tahan jugak la... kenapa ek? korang penah kene ke waktu time pregnent nih? risau jugak la bile search kat internet fuh bahaya jugak ek keputihan ni bile kite prengnent. Bulan lepas memang ade Chekup dengan Klinik kat Salak Tinggi,so aku pun bagi tahu jugak la masalah aku pada dokter dengan maslaah keputihan aku nih! dokter cakap bahaya jugak la lau keputihan tuh dah tahap kritikal(cecair berwarna kuning/hijau dan berbau) So die bagi aku satu ubat untuk masukan ke faraj kite..fuh gile ape uols!! mau sakit nye kut...memang tak dan aku nk masukan la..compem2 sakit kut. So solution nye skunk aku cube Menjaga kebersihan yang agak terlampau...misal nye cam selepas buang air kecil/buang air besar make sure lap/keringkan di sekeliling faraj kite tuh supaya tidak basah/lembab..ini kerana bakteria memang suka dengan kelembapan. Satu lagi aku nih jenis memang pakai panty liner so memang setiap setengah jam aku akan tukar supaya tak betambah la bakteria yang suke berkampung di sekeliling faraj kite tuh..hihi... So kebersihan sekarang memang dijaga rapi buat masa sekarang nih..

Jumaat, 3 Januari 2014

Alhamdullilah Rezki Kami Akhirnya!:)

Assalamualikum!

 Sebelum nih aku de buat entry pasai aku keguguran anak pertama disebabkan ade ketumbuhan Fibroid..Now Alhamdulilah setelah aku buat operation buang Fibroid pada bulan 6 hari tuh, 5 bulan jugak aku kosong than finaly bulan 11 di hari kelahiran aku tak disangka2 hokeyyy.. Syukur sangat kepada ALLAH S.W.T!


Ape kah perasaan korang ea (yang dah berkahwin tau) kalau korang menunggu kehadiran cahaya mata yang sangat2 di impikan oleh setiap pasangan? teruja ada,sedih ada,gembira lagi lah kan...





Bermula nya macam nih pada 15/11/2013 en suami dan BFF nk buat Supries (tak menjadik pon!hehe) nak diikutkan cerita En suami nih memang bukan nye la kaki mengsupries kan tau..so memang dah kantoi la kan.. patut la mlm tuh nk jugak ajak aku makan kat Thai Q Steambot kat Nilai..kalau ikutkan hati aku nak ajak Dinner malam tuh kat Kenny Rogers Alamanda,tapi en suami berkeras jugak nak pi steambot tuh, makin stress aku malam tuh kat rumah. Sampai elok jew kat Stemabot tuh aku tengok x de plak yang mencurigakan..so kami pon oder air than aku mula la start g amik makan yang perlu di steamboat kan..hehe  so skali bangun dari kerusi pandang belakang aikkk kenapa aku nampak si Ikin nih badan sama muke sama peh tuh nampak elda n ain kat blakang ikin..fuhh memang SAH!! diorg berkomplot dengan en suami..haha masa tuh memasing dok gelak2 sebab dah kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..kehkeh.. SO selepas keesokan hari nya aku g Watson Beli la UPT yang murah2 tuh..malas nak g klinik sebab dah tentu cas mahai. Balik jew sampai rumah terus buat ujian UPT tuh..perasaan masa tuh nebes jugak la uolss, lepas jew titis kan pada alat UPT tuh nampak satu line jew..kire mase tuh aku dah rasa Pasrah n Redho jew la kalau x de dua line(kire tak ade rezki mungkin) tapi tak lama lepas itu selang 4-5 minit aku tgk balik kat UPT tuh WOW!!! ade dua line tp cam samar2 sikit..so tetibe perasaan sentap sekejap..menangis sambil panggil en somi tgk UPT tuh..Alhamdullilah akhirnya menjadi jugak kali nih..hihi








okey tuh jew nk sahre gamba n cerita cik kiah nih!kbai

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Assalamualikum...

  Wargh lame nya tak menghupdate kat blog kesayangan ku ini... siap berhabuk2 la..hehe  Last aku update pOn bulan 5 2013..pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru gituww. Sebenarnye banyak benda nk share n sharing tapi masa tak mengizinkan lah sebab dengan keje ofice yang makin bertambah banyak dan banyak! arghhh agak stress buat masa sekarang. Owh ya berbalik kepada cerita td Azam tahun nih? ape cer..korang? aku x pikir lagi..ngee i.allah tahun nih ingin menjadi seorang anak yang solehah,menjadi isteri yang yang soleha(sila jangan ketawa) dan menjadi MAMA yang sempoiii..hahAhA! Tahun nih pun tak sambut memana pon sebab dengan keadaan badan yang x stabil, muntah2 **owhh lupe cik Kiah nk habaq cik kiah nk jadi mAma dah tau,x sabaq nk tggu baby first nih** so memang agak tidak stabil bile keluar dengan orang yang agak ramai..rasa cam nk pengsan tau! jadi kami decide tak keluar pergi mana dan duduk rumah Makan---> Tengok TV---> Tgk muka memasing!haha Memang tahun nih x de nak soronok ronok la ea dengan BFF ku yang sume super duper Bz dengan kerjaya mereka sekarang,Alhamdullilah suke tengok kawan2 aku berjaya dah:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...